Nov 26, 2009

Aku bercerita lagi tentang Mumbai dengan gambar-gambar amatur aku. Aku hanya nak sampaikan sebuah cerita yang biasa-biasa aje.

Hampir seminggu aku di Mumbai.

Meeting aku dah pun selesai.

Namun, jiwa aku masih tersentuh dengan Mumbai.

Lalu, aku hidangkan gambar-gambar yang sempat yang aku rakamkan di Mumbai untuk korang semua.

Buka mata, buka hati dan buka jiwa apabila melihat gambar-gambar ini dan buatlah tafsiran sendiri jika mahu. Tak ada hitam, dan tak ada putih sebenarnya.

Aku cukup terpesona dengan visual ini di Mumbai. Nak ditafsirkan pun susah apa yang aku rasa saat aku rakamkan gambar ini.

Aku menguap saat aku tengok dia menguap.

Ini cuma telahan aku saja. Mereka ini barangkali menunggu untuk melakukan sesuatu untuk mencari rezeki.

Apa nasib bapak dan anak ini? Aku sesungguh tak tahu.

Dua senario berbeza di tengah-tengah kota Mumbai. Dia berniaga di atas jalan manakala yang lebih bernasib baik ada kedai sendiri. Namun pegangan mereka barangkali sama iaitu "Survival".

Anak-anak Mumbai ini bisa titiskan air mata kita sebenarnya. Sahihnya, mereka tidak pernah mintak dilahirkan pun tetapi nak tak nak (absurd bak kata Camus), mereka terpaksa melalui kehidupan sebagaimana korang pernah menonton Slumdog Millionaire tu.

Nizam Sani - Pengurus Saluran Astro Prima. Wajah yang menyimpan 1,000 makna juga. Dia banyak ketawa apabila menunjukkan aku Mumbai kerana dia sudah pernah melawat Mumbai sebelum ini tetapi hamburan kata-kata "kasihan" terhadap orang di Mumbai tidak putus-putus dilafazkannya.

ManZ (juga dari Astro) beritahu aku bahawa dia tak sanggup untuk rakamkan gambar ini saat aku memintanya memetik kamera. "Sedih bro, tak sampai hati aku," katanya.

Aku merakamkan gambar orang ini saat dia merakamkan gambarnya sendiri.

Aku tak kenal diorang ni. Aku tak tahu diorang ni orang susah atau pun orang senang, tapi aku tahu dalam senyum riang mereka, berjalan-jalan di tanah yang penuh debu ini pasti simpan 1,000 makna.

Mereka berjalan di tepi laut di Mumbai. Awalnya aku melihat diorang ni bersembang sesama sendiri. Rasanya mereka ini bersahabat. They looked happy.

Di sepanjang tepi pantai Mumbai ini juga berpuluh-puluh couple kelihatan berpelukan dan seolah-olah berbisik-bisik. Di kala ribuan manusia berjalan-jalan di sekitar pantai itu, mereka ini bukan main kyusuk memadu kasih.

Aku dan teman-teman sempat lalu di depan rumahnya. Di kebanyakan TV di Mumbai, wajahnya memang penuh ditempelkan. Dia barangkali ikon yang paling besar di India dan apa yang dilakukannya selama ini mengubah senario perfileman di India. Namun, dia pun seorang manusia juga kan?

Ini adalah sekelumit daripada keadaan mereka yang pergi bekerja barangkali di Mumbai. Dari teksi yang buruk dan bas yang macam bas Len Seng ke Kajang (tak ada air cond) jadi sebahagian daripada kesesakkan di Mumbai.

Apakah makna "ESOK" buat mereka?

KEEP IT COOL

Nov 24, 2009

Aku bercerita tentang Mumbai menerusi gambar-gambar yang sempat aku rakamkan ini. Tajuk aku ialah: "Will There Be Tomorrow?"

Hari ini aku masih berada di Mumbai, India untuk meeting. Dalam fikiran aku, ternyata Mumbai bukanlah "my kind of country" sebab panas sangat and aku ni pulak senang sangat dapat sakit kepala.

The city is too fucking dusty and the traffic here...MY GOD....teruk sangat.

Anyway, aku tak ada masa sangat nak sepenuhnya bercerita tentang perjalanan ini sebab banyak lagi meeting yang aku harus attend.

So, cara terbaik ialah aku akan bercerita menerusi gambar.

This is one of the famous Mumbai TV actress. Dalam TV, dia tak nampak lawa sangat, tetapi in real life she is quite sweet. Lakonan dia okay aje lah. Kami bertemu dengan dia dalam lawatan kami ke Film City Mumbai. Its a fuckin huge studio.

Ini adalah salah satu scene di mana dia sedang dipimpin oleh kekasihnya manakala yang baju biru itu adalah watak jahat (siap pegang pistol lagi tu).

And this is me with the cast.

And this guy is said to be the up and coming actors in India. Suara dia macho nak mampus tetapi bila di TV, suara dia rabak gak lah. Anyway, he is a cool guy.

Ini adalah "drama sebabak" di mana aku adalah "directornya". Yang sebelah kiri itu ialah Nizam Sani (Pengurus Saluran Astro Prima) manakala yang di kanan itu ialah ManZ yang juga bekerja di Astro Ent Sdn Bhd. Mereka melakonkan babak dua adik beradik spastik yang sedang berebut botol air mineral. Hahaha

Dan ini aku lagi di set drama bersiri Mumbai terbitan Zee Network. Setnya maha hebat yang tak mungkin kita lihat berlaku di Malaysia.

Ini adalah kondo milik Priyaka Chopra yang sempat aku rakam saat bas lalu di depannya. Rumah Priyanka itu yang ada banyak bunga tu. Aku cuba call dia malam tadi tetapi gagal. Hahaha.

Ini adalah senja di Mumbai. Cantik sebenarnya tetapi polusi di Mumbai yang teruk sangat sampai buatkan visualnya blur sikit.

Ini adalah antara mereka yang meletakkan nasib mereka di tepi jalan and barangkali sedang memikirkan "Adakah Esok Masih Ada?". Saat aku melihat semua ini, aku berangan menulis buku tentang semua kita di dunia ini dan tajuk buku aku: "Will There Be Tomorrow?" Didatangi oleh anak-anak yang tidak tentu nasibnya itu memang banyak berlaku di Mumbai.

Ini adalah delegasi Astro sepenuhnya sesudah meeting selesai di Zee Network.

It is very true. They are the largest Indian Entertainment Group.

Yang dua dari kanan itu ialah big boss aku yang namanya Dr Raj. Dia memang rakyat India tetapi sudah bertahun-tahun berkerja di Astro. Orangnya sangat tenang dan bijak.

Dari kanan - ManZ, Nizam. Wong Siah Ping (dari Astro) dan Khairul Mizan (Astro Ent Sdn Bhd) ketika kami di bilik meeting Zee Network.

Dari Kiri - Khairul Anwar Salleh (my direct supervisor), Khairul Mizan, Murali (GM NSK - a production house), ManZ dan Nizam yang makan banyak visual ini dengan perutnya! Hahaha

Ini adalah teksi di Mumbai yang buruk sangat.

Jambatan "Pulau Pinang" di Mumbai.

Apa yang kita tonton dalam Sulmdog itu memang ada sangat di Mumbai. Ini adalah di antara mereka yang ada "rumah" di tepi jalan.

Dan dia ni mengharapkan bisnes laku untuk hari ini.

Sama juga dengan dia ni.

Keadaan traffic di Mumbai.

View daripada bilik hotel aku di Mumbai.

Macam-macam tanda yang ada di jalanraya Mumbai tetapi pemandunya tetap memandu macam gampang!

Aku, Khai dan Nizam di sebuah lagi set di Mumbai.

Dua contestant Raja Lawak musim terbaru!

Actress di Mumbai yang tengah syok kat aku! Ewah!

Aku dengan cast sebuah lagi drama bersiri ratusan episod di Mumbai.

Tengok ajelah set drama bersiri yang ada kat Mumbai ni. Bina setnya saja makan belanja lebih RM1 juta dah.

Ini adalah breakfast aku setiap pagi. Masala Toseinya memang the BOMB!

Aku sebenarnya nak menulis panjang tentang pengalaman di Mumbai ini dan juga bercerita tentang industri TV mereka di sini yang jauh berbeza dan happening berbanding kita. Banyak yang kami belajar di sini dan harapnya ia mampu diaplikasikan di Malaysia nanti, insya-Allah.

KEEP IT COOL

Nov 19, 2009

Kawan lama aku kena tangkap di Bedok dan dah diikat jamin sebab curik handphone. Now dia tak boleh keluar Singapore. So? Apa lagi? Pi lah shopping! :)

What the fuck?

Sebab handphone pun boleh sampai ke balai polis?

Tapi kan, biar kerana 10 sen pun, kalau sudah tidak jujur, maka keadilan harus dicari kan?

Teman lama aku kini tak dibenarkan keluar dari Singapura sebab dia dituduh curi handphone kawannya.

Kesian dia....tapi aku dulu lagi dah selalu bilang dia supaya jangan nakal sangat sebab dia ni sejak aku kenal dia dekat 15 tahun lalu memang nakal sikit. Tapi anak jantan memanglah macam tu kan? Hahaha.

Boleh agak tak siapa ni? Hahahaha.

Sabarlah bro, kalau lu tak bersalah, maka lu akan dilindungi tapi kalau lu bersalah, barangkali lu memang harus kena hukum supaya lu akan beringat lepas ni okay.

Takat kena tahan di Singapore tu, lu jangan risau lah. Sup tulang ada and murtabak kat Tampines tu memang sedap.

Tapi betul ke GF lu sekarang umur 16 tahun?

Hahahaha...kau ni bro....tak habis2 lah.

Salam.

KEEP IT COOL!!!

Ops, before aku lupa...kalau nak tahu apa ceritanya? Baca kat sini.

Aku dah agak lama tak menulis biarpun banyak isu bodoh...ops...walaupun banyak isu hiburan tanah air yang harus diperkatakan.

I know. Dah lama aku tak menulis. Walaupun banyak benda bangang (i.e Hans vs AC or Nora vs Fasha), aku terpaksa jauhkan diri sekejap dari blogging sebab banyak sangat kerja. Tuhan saja tahu betapa gatalnya tangan ini untuk menulis "cerita yang SEBENAR-BENARNYA" tentang isu Nora Danish dan Fasha Sandha ni sebab I am involve directly tetapi aku rasa perlu ada jurang yang jelas di antara tugas hakiki aku dengan penulisan di blog ini.

Isu terbaru: Hans Isaac vs AC Mizal...kata orang ia macam gaduh adik beradik. Harap-harap diorang settle lah cepat ye.

Aku harus jadi se'profesional macam Nora Danish jugak dalam hal ini. Aku harus timba ilmu sebanyak mungkin tentang prinsip hidup dan prinsip profesionalisme macam dia. Dia begitu kukuh dengan prinsip tak mahu berada di bawah satu bumbung dengan betina yang paling dia benci itu. Tak apa terima tawaran berlakon walaupun dia tahu betina yang paling dia benci itu ada berlakon sama tetapi asalkan dia tidak sebumbung dengan betina yang paling dia benci itu cukuplah. This kind of principle is really rare and truly we can learn something from it.

I would say...Nora Danish is the most respected actor that we have these days and that is truly again, very VERY rare.

Her principle is something for us to learn my friends!

Dan bila production delayed sedikit (yang memang common in the production world) and tetiba Fasha muncul di set, Nora Danish dengan HEBATNYA berpegang teguh kepada prinsipnya lalu meninggalkan set dan kemudian aku dapat tahu dia pulangkan bayaran yang sudah diterimanya. She broke a gentleman agreement sebab dia ada prinsip.

Guys....fuckin stand up and lets praise her for that okay. Fuck...she really need a fuckin standing ovation. BRAVO.

Okaylah, takat itu ajelah yang aku boleh cerita and aku percaya apa yang aku kata ni pun, korang semua dah tahu menerusi banyak laporan media mengenainya.

As for me, I am leaving to Mumbai, India this Sunday for work.

In a way, I am pretty excited. Awalnya aku buat plan, nak naik keretapi dari Mumbai ke New Delhi dan kemudian naik keretapi lagi ke Agra dan melawat Taj Mahal, tetapi aku rasa plan itu akan ku tunda ke hujung tahun ini.

Aku ada meeting yang sangat-sangat banyak dengan Zee TV dan banyak lagi production house di Mumbai nanti.

Dan dalam diam-diam, I wish aku akan terserempak dengan tiga manusia yang handal di bawah ni:

I hope I can write a lot when I am in Mumbai, Insya-Allah

.

Maaf kerana lama tidak menulis. Maaf kalau ada di antara korang yang bukak blog aku and rasa semacam kekecewaan sebab tak ada benda yang baru.

Tapi dunia menulis ni kan memang macam tu. Aku bukan lagi aku yang dulu di mana aku menulis untuk akhbar dan perlu ada bahan untuk menulis setiap hari. (Tugas itu kini kan banyak dibuat oleh wartawan-wartawan hebat yang ada teknologi meneropong bagai). Dalam blog ini, aku menulis bila terpanggil untuk menulis.

Tapi satu yang aku tetap akan buat ialah sentiasa berdoa supaya pembaca blog aku ni sentiasa sihat, sentiasa happy dan sentiasa inginkan pembaharuan.

Biarlah yang membaca ini Anon yang sentiasa ada saja yang tak puas hati dengan aku atau the regular readers. (And yes...I still would say: "Fuck You" to all the ....u know who).

Sehingga kita bertemu lagi.

You know .....you know what it is...

Yes...

KEEP IT COOL!

Kredit Gambar:
1.
sitifiza.files.wordpress.com
2.
1.bp.blogspot.com
3.
star-ecentral.com

Nov 2, 2009

Kadang-kadang di saat malam yang sejuk ini, aku perlukan sesuatu seperti Wild Is The Wind ini untuk "memanaskan" aku.

Bila semuanya dah gagal memberikan aku yang "satu" itu, aku selalu saja channel kan diri ini kepada muzik-muzik yang aku suka sangat nak dengar atau at least yang dah lama aku tak dengar. Dan di sini aku boleh kongsikan muzik ini dengan korang. Bagi yang suka tu, suka lah, bagi yang tak berapa suka, barangkali dia boleh suka selepas mendengar dan melihat apa yang aku nak kongsi ini tetapi bagi yang tak suka langsung, maka belajar lah untuk pi melawat kat tempat lain ye.

Nina Simone
yang membawakan lagu ini pada asal pada tahun 1957.

Dan kemudian, David Bowie memberikannya "nyawa" yang satu lagi.

Di bawah ini, aku coretkan sekali lirik lagu ini. Liriknya dicipta oleh Dmitri Tiomkin manakala lagunya dicipta oleh Ned Washington.

Dan aku letakkan juga kedua-dua versi lagu ini daripada Nina Simone dan David Bowie sekali. (Dan aku letakkan juga dua video versi Bowie okay sebab kedua-duanya kelasss sangat!)

I just love both of the version so much!

Trust me...just give it a try ya.

Ini versi pertama Bowie yang sangat buat aku melayang saat aku mendengarnya.

Ini versi kedua Bowie yang juga buat seolah-olah berada dalam satu khayalan.

Manakala ini pulak versi penyanyi asalnya, Nina Simone (tetapi Nina tak ada music video) sebaliknya hanya kompilasi gambarnya sahaja tetapi dengar sajalah magik vokal Nina.

WILD IS THE WIND

Love me, love me, love me, love me,
say you do
Let me fly away with you
For my love is like the wind,
and wild is the wind
Wild is the wind
Align Center
You touch me, I hear the sound of mandolins
You kiss me
With your kiss my life begins
You're spring to me, all things to me
Don't you know you're life, itself!

Like the leaf clings to the tree,
Oh, my darling, cling to me
For we're like creatures in the wind,
and wild is the wind

Wild is the wind

Wild is the wind

Wild is the wind

wild is the wind

Selamat tidur semua.

Assalamualaikum

&

KEEP IT COOL!

Nov 1, 2009

Hari ini Ahad dan The Sunday Paper kan wajib untuk aku. Aku pun suka teropong apa yang orang suka teropong tu. Tak salah kan? Kan? Suka hati aku lah!

Tadi aku memandu ke KL sambil dengar program Carta Hot FM 30 yang dikendalikan teman lama aku, Faizal Ismail. Bersama dia sebagai tetamu tadi ialah the hottie, Marsha Milan Londoh, yang aku pernah sembang-sembang dulu dalam dua tiga minit masa company lama aku buat preview filem Saus Kacang.

What should have been a good interview, was wasted with ridiculous laughter and unnecessary question by FBI to Marsha.

How the heck did the station got number 1 pun aku tak tahulah, tetapi selepas menukar mendengar ke station lain pada ketika itu, aku mulai faham. Sebabnya ialah station lain pun lebih kurang sama atau lebih teruk.

The art of asking question di kalangan kebanyakan juruhebah radio ini harus dipertajamkan kerana kalau selalu sangat interview artis sambil ketawa dengan joke yang diorang sendiri faham, maka ia adalah satu kerugian terutama apabila kita ni sebagai pendengar tak tahu haram apa yang dijenakakan oleh mereka.

Dan seperti biasa juga, bila balik rumah, aku mula lah layan The Sunday Papers.

Apa yang aku temui pulak, lebih jijik. Marsha kali ini kena teropong pulak.

Dan seperti yang aku buat sebelum ini, apa kata, aku ulas KES ini menerusi setiap perenggan

Ini dia. (Lihat bawah ini)

HEADLINE: Sudah-sudahlah Marsha

KOMEN AKU: Di atas ini adalah Headline untuk cerita ini. Jelas sekali, menerusi headline ini, kita akan menjangkakan bahawa berita ini sepenuhnya akan menceritakan tentang Marsha dan kita tahu berdasarkan konotasinya, ia adalah sebuah cerita negatif.

SUB-HEAD: Bintang AF3 dikatakan 'terdesak' mencari cinta, mengaitkan dirinya dengan Yusry KRU

KOMEN AKU: Ini adalah “sub-head”. Jelas sekali bahawa sub-head ini memberikan konotasi negatif sepertimana aku sebut tadi. Penulis menggunakan perkataan “terdesak” untuk menggambarkan situasi Marsha. Tapi untuk anda yang tak tahu, kuasa menulis “headline” atau “sub-head” tidak terletak di atas tangan penulis selalunya, sebaliknya mereka yang bertanggungjawab menciptanya ialah sub-editors (ada kalanya juga, penulis atau editor boleh mencadangkan “headline” atau “sub-head”). Aku sendiri di kala menjadi editor, sentiasa akan memberikan cadangan sendiri untuk “headline” atau “sub-head”.

MEMANG teruja apabila ***** mendapat undangan peribadi daripada diva tersohor Indonesia, Krisdayanti atau KD untuk menyaksikan showcase beliau sempena mengutip derma Tabung Gempa Bumi Padang, Indonesia pada malam 23 Oktober lalu. Jika ikutkan hati, ***** sebenarnya malas nak pergi tambahan pula terpaksa berasak-asak bersama peminatnya. ***** pun dah lama tak clubbing, jadinya memang malas tahap dewa!

KOMEN AKU: Penulis yang menulis dia mendapat “undangan peribadi” terhadap sebuah persembahan yang pastinya mempunyai ramai wartawan hiburan, memberikan tanda seorang penulis yang arrogant! Tapi kalau anda baca seterusnya, penulis ternyata “terkena” dengan sifat angkuhnya itu. Lagi satu, frasa: “malas tahap dewa” ini apa maksudnya? Dewa (yang mempunyai sifat keTuhanan) dikaitkan dengan malas. Aku faham maksud frasa ini iaitu penulis berasa malas yang amat sangat tetapi ternyata penggunaan bahasanya salah sekali. Bahasanya pasar sangat weh!

Tapi, disebabkan KD, ***** gagahkan juga meredah kesesakan lalu lintas selepas hujan menuju ke Borneo Baruk Club (BBC) di Jalan Kia Peng, Kuala Lumpur, lokasi berlangsungnya persembahan KD. Sekalipun seumur hidup ***** tak pernah jejaskan kaki di BBC, tapi kerana ingin memenuhi undangan KD, ***** tebalkan muka, rela bertanya kepada kawan-kawan di manakah lokasi kelab berkenaan.

KOMEN AKU: An entertainment writer doesn’t know a location of a popular club in KL? Have you fucking heard of Google Map? Penulis perlu “tebalkan muka” untuk bertanya? A journalist perlu “tebalkan muka”. Tell me again please…what is wrong with asking, that one needs to “tebalkan muka”? Atau adakah perenggan ini masih mahu memberikan penekanan kepada keangkuhan penulisnya sebab dia masih menulis: “…kerana ingin memenuhi undangan KD…”. Fuck off!

Setibanya di BBC, ***** disambut wakil daripada Tropic Jaya Entertainment, lalu di bawa ke tingkat atas yang dikhaskan hanya kepada wakil media massa dan artis jemputan saja. Namun, agak memeranjatkan, begitu ramai ‘manusia’ yang tidak dikenali berada pada aras berkenaan. Justeru, sebaik persembahan bermula kira-kira jam 9.30 malam, memang ***** tidak berpeluang melihat KD yang membuat persembahan di tingkat bawah.

KOMEN AKU: Wow. Penulis menulis perkataan manusia dengan meletakkan inverted commas seperti ini – ‘MANUSIA’. Tanda bacaan itu diletakkan sebenarnya untuk membezakan sesuatu. ‘MANUSIA’ yang dimaksudkan penulis itu adalah di kalangan mereka yang bukan wartawan agaknya tetapi masih ditempatkan di kawasan duduk di kalangan wartawan. Bedasarkan pengalaman aku, memang ada beberapa kali penganjur suka meletakkan ramai tetamu di tempat duduk yang dikhaskan untuk wartawan. Tetapi bagi aku, seseorang wartawan sama ada wartawan hiburan atau tidak, tidak perlu terlalu bergantung di tempat duduk khas kerana tugas seorang wartawan ialah untuk “melaporkan”. Duduk lah di mana pun, sesebuah laporan itu tidak sepatutnya menjadi bias hanya kerana kita tidak dapat duduk di tempat yang selesa. Who the fuck do you think you are dude?

***** mencari-cari juga ruang sempit untuk mengintai ke pentas, namun yang kelihatan hanyalah kepala dan pinggul ‘manusia’ yang tidak dikenali itu. ***** hanya berpeluang menikmati kemerduan nyanyiannya saja, mendengar vokal KD ibarat sedang menikmati persembahannya menerusi cakera padat (CD)!

KOMEN AKU: I doubt the phrase “….vokal KD ibarat sedang menikmati persembahannya menerusi cakera padat.” Really? Seseorang yang mempunyai pendengaran yang betul pasti akan menyangkal pendapat ini. Namun, aku tak boleh nak ulas banyak tentang ini sebab aku tidak ada di sana untuk menyaksikan persembahan berkenaan.

Bosan dengan lokasi pihak wartawan yang tidak diendahkan itu, sebaik saja KD selesai mengalunkan lagu ketiganya, ***** terus angkat kaki, bosan apabila pihak media massa tidak mendapat layanan yang sewajarnya daripada pihak penganjur. Hello, ***** berada di Malaysia, di tanah air sendiri untuk melihat artis seberang membuat persembahan, tapi inikah layanan terbaik yang mampu diberikan penganjur!

KOMEN AKU: How could you write a fucking review after only listening to 3 songs? Apakah maksud penulis yang mahukan “layanan yang sewajarnya”? You need somebody to give you head to be there while watching the damn show man? Apa keistimewaan penulis ini sehingga dia rasa dia berhak mendapat “layanan sewajarnya” itu? Kata tadi dapat undangan peribadi KD. So, what the fuck happened man? Nobody fucking recognize you? This is a fucking crime nampaknya!

Berbeza ketika ***** diundang ke Jakarta, Indonesia pertengahan tahun ini menyaksikan penghibur terkenal negara itu, Agnes Monica mengadakan persembahan sempena promosi album barunya, Sacredly Agnezious di sebuah stesen TV. Rombongan wartawan Malaysia diberi peluang berada betul-betul di depan pentas, begitu juga ketika berlangsungnya Anugerah Planet Muzik (APM) di Jakarta, baru-baru ini, wartawan Malaysia diberikan tempat duduk VIP!

KOMEN AKU: Oooo….lu nak duduk di depan pentas rupanya! Lu nak tempat duduk VIP rupanya. Kalau tak dapat tempat VIP, habis lah lu “pukul” persembahan itu ye. Such a fucking crime!

Justeru, apa yang berlaku ketika menyaksikan showcase KD di BBC baru-baru ini ibarat kera di hutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan! Kalaulah ***** tahu tempat duduk wartawan tempatan dipandang sepi oleh pihak yang bertanggung jawab, tak ingin ***** datang, lebih baik duduk rumah dengar CD album kompilasi terbaru KD, Aku Wanita Biasa, lagi puas hati!

Persembahan amal KD itu adalah anjuran Tropic Jaya Entertainment dengan kerjasama Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) , Garuda Indonesia dan BBC sebagai penaja lokasi.

KOMEN AKU: Peribahasa “kera di hutan disusukan” memberikan makna bahawa penganjur memberikan layanan istimewa kepada orang asing manakala mengabaikan orang tempatan namun tidak jelas di sini, siapa yang diberikan perhatian oleh penganjur sehingga mencetuskan amarah sang penulis.

Pun begitu, apa yang diperlakukan kepada wakil media massa tempatan di BBC itu, masih boleh ***** maafkan lagi sebaik saja memikirkan undangan berkenaan hadir secara terus daripada mulut KD, sebaliknya apabila membaca kenyataan bintang Akademi Fantasia 3 (AF3), Marsha Milan Londoh, 24, di sebuah majalah hiburan, mengakui dia amat meminati Yusry KRU, tiba-tiba saja membuatkan ***** rasa geli!

KOMEN AKU: Selepas 7 perenggan tentang KD, barulah penulis membuka cerita tentang Marsha. Walaupun dari headline tadi kita fikir ini adalah tentang Marsha, maka kita silap kerana hanya 5 daripada 12 perenggan cerita ini menceritakan tentang Marsha dan ia bermula di perenggan ke-7. Tapi sebelum itu, penulis masih lagi arrogant dengan menyebut: “…memikirkan undangan berkenaan hadir secara terus daripada mulut KD.” Brader, kalau KD sendiri jemput lu, kenapa lak lu kena layan macam hanjing bro? Dan tiba-tiba di perenggan ini pulak, penulis menyatakan bahawa dia “geli”apabila membaca tentang Marsha yang minat Yusry KRU. Aku tak faham kenapa dia geli.

“Kali pertama saya jumpa Yusry, saya mengakulah yang saya tergamam melihat dia di depan mata. Masa tu, saya tak boleh nak bersuara. Tak tahulah kenapa, tapi saya rasa sebab saya ni memang peminat setia KRU. Setakat itu sajalah. Tak ada apa-apa perasaan di antara kami. Kawan dalam bekerja, tak ada yang lebih-lebih,” begitulah lebih kurang pengakuan Marsha kepada majalah hiburan popular itu.

KOMEN AKU: Di sini penulis quoted Marsha yang dikatakanya mengeluarkan kenyataan demikain dalam sebuah majalah hiburan yang tidak disebutnya pulak.

Dah dia syok kat Yusry, biaq pi aje lah kan? Hahahaha.

Mengenali Marsha yang jelita ini, memang tak dinafikan dia sering kali dikaitkan dengan ramai lelaki kacak dan berpengaruh. Namun, selepas putus cinta dengan Keifli AF3, barulah pecah tembelang, mengaku antara mereka sebelum ini memang wujud perasaan cinta. Kalau benar dia meminati KRU, kenapa dia tidak tergamam melihat Norman atau Edry, hanya terhadap Yusry saja yang berstatus duda ‘terhangat di pasaran itu’?

KOMEN AKU: Aku tak faham dengan barisan ayat: “…Kalau benar dia meminati KRU, kenapa dia tidak tergamam melihat Norman atau Edry, hanya terhadap Yusry saja yang berstatus duda ‘terhangat di pasaran itu’?” Aku fikir Marsha “tergamam” dengan Yusry sebab dia bukan lagi suami orang lah bodoh. Norman dan Edry kan laki orang? Aku tak tahu macam mana nak kata tentang betapa bodohnya perenggan ini. Memanglah Marsha akan kata dia minat KRU walaupun dia sebenarnya minat Yusry seorang saja. Perempuan kan pemalu. Lu apa lak masalah kalau dia minat Yusry brader?

***** tidak pernah bermasalah dengan Marsha sebelum ini, tapi apabila membaca kenyataan begitu, ia memperlihatkan Marsha seolah-olah terdesak mencari pengganti cinta baru. Namun, disebabkan nak cover line, mengaku sajalah, Marsha peminat KRU, kata kau!

KOMEN: Ooooo….lu tak ada masalah dengan Marsha tapi lu ada sikit cemburu sebab dia minat Yusry ke ni? Marsha jadi terdesak sebab dia suka Yusry KRU? Masrha jadi terdesak sebab dia nak kan cinta baru? What is wrong even if Marsha minat Yusry ke tidak? What is the value of this piece of shit (I mean this piece of article)?

KOMEN AKU KESELURUHAN:

  1. Apa nilai berita ini? Di manakah nilainya?
  2. Aku rasa perlu ada definisi yang jelas tentang “layanan yang sewajarnya” untuk wartawan hiburan seperti ini.
  3. Penulisan seperti ini sedikit sebanyak memberikan gambaran kepada taraf penulisan berita di kalangan wartawan hiburan. Biarpun sebenarnya ramai yang di kalangan mereka yang sebenarnya bagus dan professional, laporan seperti ini sedikit sebanyak memberikan gambaran yang negatif terhadap mereka.

Why the fuck do I care? Sebab aku rasa penulisan hiburan perlu dihormati dan untuk mencapai itu kita perlu menghormati penulisnya tetapi bagaimana kita nak wujud perasaan hormat when their writing is like this?

Akhir kata,this is clearly….a piece of crap!

Ops…sorry…akhir kata yang sebenar…..