Dec 11, 2009

Bila Menteri buat statement aje, ramai orang-orang dia yang pasti akan melompat-lompat macam beruk yang excited. Harap2 itu tak jadi lah kan.

Filem bentuk biografi yang mana yang korang rasa terbaik pernah dihasilkan di dunia?

Adakah ini:

Amadeus (1984 - Arahan Milos Forman) yang bawa kisah tentang komposer hebat bernama Johannes Chrysostomus Wolfgangus Gottlieb Mozart yang dilahirkan pada 27 Januari 1756 di Salzburg, Austria. Filem ini memang kalau tak silap aku menang dekat 8 anugerah Oskar termasuk Filem Terbaik dan Pengarah Terbaik. Aku sendiri dah menonton filem ini lebih enam kali dah sebab masa kecik-kecik dulu, daddy aku selalu saja suruh dengar muzik "orang gila" ni!

Dulu zaman belum ada DVD, aku siap beli VHS filem ini di Sydney lagi. Sekarang ni ntah kat mana VHS tu aku letak.

Atau, adakah ini filem biografi terbaik:

Braveheart (1995 - Arahan Mel Gibson) yang bawa kisah tentang si rebel Scottish, William Wallace yang terajui kebangkitan menentang pemerintah Inggeris yang kejam, Edward the Longshanks. Namun, Braveheart adalah sebahagian sejarah manakala sebahagian lagi ialah mitos. Filem ini juga menang Oskar untuk Filem Terbaik dan Pengarah Terbaik.

Terus terang, kali pertama aku menonton filem ini, aku sebak sangat lah!

Atau anda rasa yang ini:

Gladiator (2000 - Arahan Ridley Scott) yang bawa kisah tragis General Maximus yang disayangi rakyat serta Maharaja Roman, Marcus Aurelius yang sanggup memilihnya daripada anak sendiri, Commodus. Filem ini juga memang Filem Terbaik dan Aktor Terbaik untuk Russell Crowe, namun Scott bagaimanapun tak menang. (Sampai hari ini aku hafal...."What we do here today, will echo in eternity). Lebih kurang gitu le kalau aku tak silap.

Aku anggap ini sebagai sebuah filem yang sangat handal!

Well, sebenarnya, kalau di Hollywood, memang banyak filem berbentuk biografi ni, antara lain, Gandhi (1982 - Arahan Richard Attenborough), Patton (1970 - Arahan Franklin J Schaffner) atau Ray (2004 - Arahan Taylor Hackford) and banyak lagi sebenarnya.

Jamie Foxx menang Aktor Terbaik untuk filem ini.

Kita ada tak filem berbentuk biografi?

Ada kan?

Leftenan Adnan
(2000 - Arahan Aziz M Osman). Aku sampai melawat lokasi Aziz di Tanjung Sedeli, Johor untuk menyaksikan penggambaran filem ini. Seluruh kawasan Tanjung Sedeli tu seolah-olah dikepung oleh askar yang memang membantu penuh filem berkenaan tetapi hasilnya? Hmmm, kalau ikut kata Aziz, jalan cerita filem berkenaan tidak dapat diceritakan "sepenuhnya" sebab banyak benda yang sensitif. So, Leftenan Adnan Saidi yang ikut sejarah digantung dan ditikam dengan benet tidak ditunjuk langsung. So much for being a real biography film kan.

Bagi aku ini adalah sebuah hasil yang baik tetapi tidak baiknya ialah apabila Aziz tidak dapat "bercerita" yang sebenar-benarnya untuk filem ini.

Atau:

Bukit Kepong
(1981 - Jins Shamsuddin). Takat ini aku rasa ini ajelah filem bentuk sejarah (ini bukan biografi sangat ni) yang orang masih hormat sebab intensitinya, jalan ceritanya dan arahannya yang bernas.

Filem yang akan terus menerus disukai ramai.

Aku tulis semua ni sebab aku baca berita Bernama hari ini yang quoted Rais Yatim cadang supaya Natrah difilemkan.

Kata Rais: "We (Ministry) are mulling the prospect of filming the story but the script need to be different and not 100 percent absorbed from the staged play. To be filmed, there should be some innovations and modifications to make it interesting, especially the script and how the story will be played." Baca penuh di sini.

Wow, Kerajaan nak belanja duit rakyat lagi untuk bikin filem nampaknya.

Kaji lah sendiri kehebatan Kerajaan bikin filem dan kejayaan yang dikecapi mereka seperti:

PALOH (Makan belanja pembikinan dekat RM4 juta tetapi hanya BERJAYA buat kutipan lebih kurang RM142,000) - Berita Harian; 20 Jan 2004 (m/s: 7).

atau

EMBUN (Makan belanja pembikinan dekat RM3 juta tetapi hanya BERJAYA buat kutipan lebih kurang RM700,000) - Harian Metro; 24 Ogos 2002 (m/s: 10)

Aku bukannya tak sokong usaha kerajaan ini, tetapi biar cara mana pun Kerajaan nak bikin filem, buatlah pilihan tepat.

Tak ada sebab untuk sebuah filem berbentuk sejarah atau biografi tidak boleh dibuat secara komersil dan buat kutipan juta-juta ringgit.

Belanja juta-juta untuk sekadar buat "statement" that ia "adalah sebahagian daripada sejarah" baik tak payah sebab belanja bikin filem itu adalah duit rakyat kan?

Tolonglah belajar bagaimana PGL dihasilkan untuk mempelajari kombinasi seni dan komersil itu.

Aku cuma harap orang Finas atau orang Kerajaan lain tak terlompat-lompat tak tentu hala dengan statement Rais tu. Kadang-kadang tau aje lah kan, bila menteri sibuk buat statement, orang-orang dia gegas macam lipas kudung atau monyet keluar sangkar untuk terus bikin sedangkan planning dan strategy harus tampil dulu.

Do a good research. Have a panel of story liners, create a fantastic narrative and tulis lah dialog-dialog yang hebat dan pintal lah dengan elemen-elemen komersil sekaligus supaya apa yang dihasilkan kelak, bukan sekadar untuk tontonan orang filem sahaja, tetapi juga untuk rakyat.

Pendek kata - JANGAN SYOK SENDIRI SUDAH LAH!

Okaylah.

Have a great weekend.

And always...

KEEP IT COOL!!

9 comments:

Ajami Hashim said...

ermmm! produksi belanda memang dah siap filem NADRA kan tayang by next year rasanya bro!

REF:

http://www.monsoonpictures.com/news.html#1
http://www.monsoonpictures.com/film-nadra.html

YOUTUBE: Message from Maria Hertogh a.k.a. Nadra (May 2009)

Amer. said...

Rakyat tak sokong pengeluaran duit sendiri sebab filem tak best.

katrin saloma said...

hello bro..Gladiator is one of my all-time favorites. walaupun dah berpuluh2 kali tengok, saya tetap akn menitiskan airmata especially scene bila beliau introduced himself to Commodus dlm colosseum..i am a husband to a murdered wife, father to a murdered son...sebak wooo..

m.addyhadzari said...

hahah... hari ni mesti ramai yang tengah buat quotation untuk buat filem NATRAH versi malaysia... juta-juta ni bang!!! ape lagi join la ;p

Zulkarnain Azman said...

I would go for Braveheart, Mel Gibson sure played William Wallace dengan berkesan maximum impact masa ending where the body of mamat Wallace dicapitated and was burried dekat a few places in England. Ray pun best... Mana nak cari singer and pianist buta yang hebat kan?

Anonymous said...

CHE?

Obefiend Weiland said...

braveheart - fiction and inaccurate

my all time fav biographical movie is probably Shine.

as for bukit kepong... awesome. just awesome

ninoZ said...

my fav - umar mukhtar - lion of the desert

mebbe sebelum kuarkan statement, menteri pun patut ada tapisan penyataan gak, kot kadang2 tak ada logika.. :)

muteaudio said...

'Gandhi' is my favourite. Looking forward to watch 'Invictus'.

I hope someone would do a bio-film on Allahyarham Tun Dr. Ismail based on the book 'The Reluctant Poltician'. It's a good book to be adapted.