Feb 18, 2009

Loga Arumugam pernah kata kat aku: "Kalau kami mati nanti, bolehlah kata Alleycats itu legenda". So, now aku dah boleh gelar Alleycats itu LEGENDA !

Utusan Malaysia bertarikh 16 Feb 2009 dengan headline: "Jiwa David pada lagu Melayu" bercerita tentang Datuk David Arumugam bernostalgia mengenai Alleycats selepas mendapat anugerah pingat kebesaran Darjah Indera Mahkota Pahang daripada Sultan Ahmad Shah pada 12 Feb lalu, yang membawa gelaran Datuk kepadanya.

Juga dalam artikel utama dengan headline: "Kalaulah Loga ada - David" (This was the main article), ia ada mencatatkan, antara lain bermaksud bahawa pingat kebesaran itu adalah salah satu daripada dua pingat kebesaran yang diterimanya. Satu lagi pingat yang diterimanya itu ialah Johan Setia Mahkota (JSM) daripada Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, tahun lalu.

Alleycats yang akan terus menerus lambaikan nostalgia kepada kita.

Aku suka bila ada artikel yang macam ini sebab ia membuat kita belajar dari sejarah. Dan tadi dalam perjalanan balik dari JB ke Seremban, aku mendengar lagu Alleycats yang dipasang oleh Linda Onn (yang suka baca SMS memuji dirinya sendiri) di Sinar FM.

Apa yang paling menarik tentang artikel "Jiwa David pada lagu Melayu" itu ialah quotation David yang berbunyi begini:

"Lirik bahasa Melayu terlalu indah maksudnya, walaupun saya tidak faham sepenuhnya. Sebutannya juga cukup manis. Kerana itu saya hairan kenapa ada artis sekarang termasuk artis Melayu yang kadang-kadang seperti merosakkan bahasa? Ada yang menyebutnya seperti orang Inggeris baru belajar bahasa Melayu. Saya tak faham kenapa mereka (artis-artis masa kini) tidak mahu jaga (memelihara) bahasa kebangsaan kita."

Biarpun dalam jiwa aku berkata kenapa David selepas sekian lama jadi orang Malaysia masih tidak fasih berbahasa Melayu, namun aku kagumi juga pendapatnya ini kerana memang apa yang dikatakannya benar sangat. Sejak dulu lagi aku menulis tentang penggunaan bahasa Melayu ini yang makin hari makin dianaktirikan oleh orang Melayu sendiri termasuk di kalangan orang seni.

Tapi memang itu isu lama. Letih kalau kita asyik memperkatakannya tetapi jangan pula nanti tiba masa kita sudah tidak peduli. Kadang-kadang aku tak tahu apa niat penulis atau responden dengan kata-kata berkenaan jika tiada apa-apa yang dilakukan untuk memartabatkan bahasa itu sendiri. Namun, di satu sudut hati aku berkata, tulisan sebegini adalah untuk mengingatkan kita dan itu sudah cukup, insya-Allah.

Artikel itu juga bercerita tentang sejarah Alleycats (kebangkitannya etc etc) dan ia buat aku ingat tentang sebuah tulisan aku mengenai Alleycats suatu masa lalu.

So, aku anggap entry aku kali ini sebagai penambahan atas apa yang sudah ditulis/dicetak di Utusan Malaysia 16 Feb lalu okay. Dan ini juga aku jadikan sebagai sebuah penghargaan kepada Alleycats.

Mendiang Loga (kiri) dan David yang pernah aku interview pada 1999.

Bagi yang tak berapa tahu, Loga pernah ada album solo. Ini inlay albumnya dulu.

Artikel yang aku tulis ini dicetak pada 18 Julai 1999 di Harian Metro dengan tajuk: "Alleycats gah bertahan". Artikel itu ditulis sempena 30 tahun Alleycats dalam dunia seni dan mereka menyambutnya dengan sebuah persembahan di Hark Rock Cafe Kuala Lumpur. (Aku tak catatkan semua sekali...aku hanya memetik bahagian yang aku rasa penting sahaja okay)

Bacalah apa yang aku pernah tulis dulu pada 1999. Baca di bawah ini:

Segala-galanya kerana muzik. Muzik membuatkan mereka muda, muzik membuatkan mereka gembira dan muzik juga yang membuatkan Alleycats bertahan sebagai sebuah kumpulan yang paling lama bertapak di negara ini.

Abad akhir 1999 ini menjadikan Alleycats berusia 30 tahun dan selepas menemui mereka baru-baru ini, nyawa kumpulan itu nyata masih kental dan tidak menunjukkan perubahan muzik mampu memamah muzik mereka.

"Pada satu sudut, muzik adalah satu perjuangan dan lebih menakjubkan ialah selama 30 tahun kami menjadikan Malaysia sebagai tapak. Itu adalah bukti bahawa muzik sudah amat matang di tanah air kita.

"Segala-galanya juga adalah kerana kerja keras kami. Muzik juga tiada usia buat kami. Mungkin boleh dikatakan muzik membuatkan kami muda dan terus bergerak dalam industri ini.

"Ada yang kata kami legenda muzik tetapi itu pendapat mereka kerana setahu saya, taraf legenda diberikan apabila seseorang itu sudah mati dan kalau kami dah mati, saya tak kisah apa orang nak gelar kami," ringkas kata Loga Arumugam, penyanyi Alleycats.

Ketika ditemui di majlis Alleycats 30 Tahun, hanya Loga dan David menghadirkan diri kerana anggota lain sibuk dengan tugas masing-masing.

Ketika ditanya kenapa anggota Alleycats lain tidak menentu, David berkata, dia dan Loga sentiasa akan berada di belakang Alleycats, mewakili kumpulan berkenaan dengan restu semua anggota lain.

Selain Loga dan David, Alleycats ketika itu dianggotai Tan Chin Hock (dram), Tan Fook Meng (bass), Prawing Arooratna (keyboard) dan Ramesh Kandasamy (gitar).

Alleycats juga dianggap kumpulan bukan Melayu yang paling berjaya mendendangkan lagu Melayu dan merakamkan album dalam bahasa Melayu serta berjaya menarik peminat muzik seluruh negara.

Hingga hari ini, nada Alleycats masih kukuh dengan melodi Hingga Akhir Nanti, Seribu Bintang, Kerana, Suara Kekasih, Nota Terakhir, Sampaikan Salam Cintaku, Layang Layang Terputus Tali dan Suratan. M Nasir adalah pencipta lagu yang menjadikan melodi Alleycats hidup hingga hari ini.

Sejarah Alleycats bermula pada 1968 dan ketika itu anggota asal kumpulan berkenaan ialah David (vokal), Loga (vokal/percussion), Chef (seksofon), Tan Chin Hock (dram), Shanmugam (gitar utama), Fook Meng (gitar) dan Francis Khor (keyboard).

Alleycats mungkin popular dengan lagu Melayu tetapi sebahagian besar albumnya diterbitkan oleh penerbit bukan Melayu iaitu Eric Yeo. Eric menerbitkan 19 album Alleycats, termasuk album Inggeris.

Dua daripada album itu diterbitkan bersama M Nasir iaitu album Dapatkah pada 1980 dan Alleycats 4 (1981) manakala album Alleycats 20 pula diterbitkan bersama kumpulan itu sendiri pada 1993.

Album kelima kumpulan itu, Alleycats 4 menjadikan populariti mereka memuncak pada 1981. Album itu memuatkan lagu popular seperti Hingga Akhir Nanti, Seribu Bintang dan Berita Dari Rantau.

David dan Loga juga masing-masing pernah menghasilkan album solo. Loga tampil dengan album Bumi pada 1994 manakala David pula tampil solo dengan album Segarkah Cinta.

Kini, Alleycats masih Alleycats. Rambut mereka masih kerinting halus (afro) dan David masih melaungkan frasa popularnya: "Terima kasihhhhhh...."

Aku tulis berita di atas pada 1999.

10 tahun sudah berlalu dan kini Alleycats berusia 40 tahun.

Loga pun sudah mati dan aku dah boleh kata Alleycats itu legenda!

Mendiang Loga yang memang aku suka kerana aku pernah gilakan lagu Suratan yang didendangkannya.

Mereka bukan Melayu.

Namun, lagu popular mereka lagu Melayu.

Band mereka (dari aspek muzik dan liriknya) lebih Melayu daripada Melayu.

Akhir kata, aku tidak mewakili sesiapa kecuali diri aku sendiri ingin ucapkan kepada David dan semua anggota Alleycats serta mereka yang bertanggungjawab menaikkan nama Alleycats:

"Terima kasssihhhhhhhhhh..................."

Keep It Cool.

15 comments:

Hazrey said...

it is MEKASIHHHH..

And this is a good entry especially on Linda Onn. Hahaha.

Bro, kenapa Alleycats popular dan bertahan dan tokeh tokeh kelab malam sanggup bayar berpuluh ribu kepada mereka sebagai residence band. Kenapa?

Kenapa grup Melayu macam kucing mengiau pada waktu pagi ketika tunggu tuannya nak bagi makan, bila langsir pagi disingkap, sepatunya menyambut kemuncak hari, tetapi suram dek kemendungan kejatuhan. And no, Karam Singh Walia bukan sepupu aku.

And like I said, this is BETTER. Keep it bro! Seeya on 24th.. YEHAAAAAAA

Hazrey said...

keep it up laa.. hahaha keep apa pulak.. kah kah kah kah.. terkejut hari ni banyak kerja gilaaaa.. cd kau ada pada aku lagi.. :)

m.addyhadzari said...

tiba-tiba pulak sy rasa segan sebab sy sendiri sebagai org melayu tak banyak guna bahasa melayu yang betul...

memang bahasa melayu tu indah...
jadi tak indah sebab budak2 melayu sendiri tak tau guna dengan betul.

tabik pada semua lagenda pejuang bahasa melayu (sekarang saya sendiri keliru...bahasa melayu @ bahasa malaysia?)

GX said...

Alleycats tetap segar dengan lagu melayunya..aku membesar dengan lagu dari alleycats nih..dan sampai sekarang aku masih mendengar lagu mereka tanpa jemu..tatkala aku membaca artikel kat utusan online..terus aku pasangkan lagu2 popular dari mereka..masih tetap segar..dan terus aku imbau masa lalu..Alleycats bak kata ko bro..tetap menjadi lagenda...

p/s: komen ttg Linda Onn amat tepat sekali..hahahaha

Obefiend said...

bai don corleone

bahasa itu dinamik kan? aku rasa DAVID selaku orang yang sendiri buta bahasa tak sedar yang bahasa 80's dia tak macam bahasa pasca milenium macam skang

that is like a man from the 50's saying

"damn these kids... what kind of music is ALLEYCATS playing at? dont they love the P Ramlee tunes! HERETICS"

i'm just saying don corleone.. just my view on this whole "bangsa baru rosakkab bahasa" argument. i think oldies are just a bit confused on the generation.the kids these days are a prpduct of text messaging and IMs. so they love it short and simple

longish and lirik flowery like the one used by alleycats are too archaic to them

but dude.. this is not solely a malaysia problem.

Take for example RAP lyrics by Kanye and compare it to say Tupad or NWA. i read once that ICE-T thinks new age hip hop like Soulja Boy is killing the art of rap. he thinks the rhymes are no longer ill and intellectual enough. see... different continent and music genre but the same issue kan?

what do you think Don?

btw

chris rock punya joke paling best

"it's easy to defend jam master jay and call their music art. you can break it down intellectually. But it is hard to defend rock music now. Its hard to defend " i got hoes on every area code" or "moe bitch get outta way" "

thanks for reading this

reena said...

Tak ingat sama ada Loga atau David pernah dukung saya masa saya kecik2 dulu.

Kak Teh said...

Coincidentally, I am editing a video of Alleycats in London. I was and still obsessed with the Alleycats and am glad that David at last dapat recognition. When I am done with the editing , editing sebagai amateur lah, I will let you know. I was there when David met his children after 11 years - what a reunion and in that video clip your can see how proud they were of their father and Uncle Loga. Will send the clip to David once i is done. Thanks for this article.

awangsulungmerahmenyala said...

salam sejahtera,
inilah entri yang tak memualkan.ahahaha...kalau hang dok tulis lagi pasal melodi o bladi o bladi mesti aku muntah lagi.
konsert m.nasir di istana budaya mesti lu pergi tengok kan?

mindx said...

salam hari jumaat bro..

cerita pasal Alleycats ni merupakan sesuatu kebanggaan sebenarnya dalan arena muzik melayu ni.. memang dah taraf legenda sekarang ni. cuma yg kelakarnya bahasa melayu si David tu la..

samad_righthanded said...

wassalam,DON aku samad_righthanded kelakar bila ko manusia agung mengagungkan kumpulan yang pernah di hampehkan oleh M.Nasir kerana kegagalan mereka menguasai bahasa melayu. They are just like a parrot.Usaha dan kreativiti orang lain yang lebih layak untuk dipuji sebaliknya kamu cerca. Mungkin kerana kamu pernah menulis pasal kumpulan kafir ini maka kamu telah meletakkan mereka di martabat paling tinggi sehingga mengatakan mereka LAGENDA.
Ya aku akui hampir separuh dari populasi Malaysia mengenali kumpulan ini. Adakah dengan jumlah orang mengenali mereka maka kamu mengangkat mereka sebagai LAGENDA bukan kerana Qualiti mereka. Bagi aku mereka ini sama seperti artis-artis yang dikenali ramai dan belum lagi mencapai tahap LAGENDA.
Tapi kamu pula berfikiran bahawa mereka ini LAGENDA aku pelik..Adakah Black eye Pea itu Lagenda mungkin ya pada kamu. Tapi bagi aku mereka itulah perosak bahasa Inggeris sama seperti Kucing Lorong ini

Sakura said...

Ye..Alleycats layak di panggil 'Lagenda'.Lagu -lagunya lebih 'melayu' daripada penyanyi melayu.Ingat lagi, pensyarah saya seorang india memang minat giler lagu Alleycats ni...Sehinggakan sebelum mula kuliah, pelajar akan diperdengarkan lagu Alleycats ni dan pelajar siap tolong carikan lagu Alleycats untuknya....Bila buat presentation pun kalau ada guna lagu Alleycats sebagai muzik latar, memang 'markah lebih' la;-)

DonCorleone said...

Hazrey - Alleycats bertahan bagi aku kerana diorang humble. Aku pernah tonton diaorang sekali dulu di PJ Hilton and aku tengok diorang ni selamba and secara muzikal pulak, they are very much up to date. And aku teringat masa aku script sebuah konsert di Kuantan, Pahang, Alleycats pun ada menyanyi and aku sempatlah sembang dengan David and Loga. Hakikatnya diorang ni baik hati and tak demanding langsung.

Addy - Alleycats bagi aku bukan pejuang bahasa, tetapi kerana lagu bahasa Melayu diorang ni popular. And tak yah keliru soal bahasa Melayu atau bahasa Malaysia. Bagi aku, kita ni orang Melayu dan kita panggil bahasa Melayu and orang bukan Melayu panggil bahasa Malaysia. Tak apalah, asalkan ia bahasa rasmi kita.

GX - Apa pun, Linda Onn tetap best kan? Kah kah kah. Yes, Alleycats is a legend!

Obiefiend - In a way i agree with what your comment that: "bahasa 80's tak macam bahasa pasca milenium skang". But I disagree on the comment: "longish and lirik flowery like the one used by alleycats are too archaic to them." Let's take the band Live for example or even Counting Crows - and try to compare it with ...say...The River (Bruce Springsteen) misalnya or The Ghost of Tom Joad. Bahasa yang indah akan terus kekal indah. I would'nt say Alleycats punya bahasa arkaik. I personally like the work of S Amin Shahab misalnya and he did a lot of Alleycats lirik. Begitu jugak dengan Eunosasah. Yes, diorang bukan era Fab Cats with their Papa Jahat nor KRU with their transliterasi, but they remain relevant. Heck, M Nasir's Sang Pencinta pun masih guna lenggok bahasa ala Istana Pasir. Again, this is my personal point of view lah ye. :)

Rena - Yang pernah dukung saya kalau tak silap Ahmad Jais aje kot. Hahahah

Kak Teh - Would love to see your video on them. Kalau dah silap kasi tahu ye.

Awangsulungmerahmenyala - Sayang aku tak dapat ke konsert M Nasir sebab aku akan berada di Jakarta, Bandung and Bali masa tu sebab ada hal sikit.

Sakura - Memang ramai yang ada nostalgia sendiri dengan lagu Alleycats. Saya secara peribadi ada lambaian nostalgia dengan lagu Suratan.

Obefiend said...

don corleone

i love LIVE and use to think Edward Kowalczyk is a lyrical genius. but then he delve into the realm of spiritualism in the form of Hare Krishna. all of sudden the flowery lyrics suddenly become even too ubsurd

example

"sittin' on the beach
the island king of love
deep in fijian seas
deep in some blissful dream
where the goddess finally sleeps
in the lap of her lover
subdued in all her rage"

what what..

i am a huge fan and even i can't accept his overtly flowery style these days. to me dia dah jadi somewhat like a self absorbed new age guru jek! hahaha..

we can agree to disagree as usual :) :)

Poyo said...

Senang cerita la, May be hampir semua rakyat Malaysia yang sama baya ngan umur aku membesar dengan mendengar lagu2 nyanyian Alleycats. Tu yang jadi feeling je bila dengar lagu diorang.

Tak kisah pun penyanyi dia xfasih cakap melayu pasal dia sememangnya bukan orang melayu. Baik risaukan penyanyi totaly melayu tapi sibuk cakap bahasa penjajah.. Hehehe...

Kannan said...

Dear Alleycats fans,

U are invited to visit the one and only official Alleycats fan website at www.alleycatsmalaysia.com sempena dengan ulang tahun ke 40 band lagenda ini. Idea and initiative by die hard fans, KANNAN & PRAKASH. Trimma kasssseeyyyy