Dec 31, 2008

Yang sudah mati ini aku anggap sebagai Seniman Agung Di Hati Aku.

Syukur kepada yang Esa. Kita dah mula layar 2009.

Klise atau tidak, soal azam mula dibentuk. Azam aku setiap tahun ialah berhenti merokok tetapi ironinya, aku tengah hisap rokok saat aku buat entry ini. Hahaha.

Hari ini aku beli Harian Metro dan aku aku lihat ruangan hiburannya. Sebak seketika apabila aku membaca ruangan hiburan yang paling tengah.

Tajuknya ialah:

Penulisnya, Mohd Nasif Badruddin begitu detail sekali menulis tentang seniman tanah air yang meninggal dunia dalam 2008. Tulisan ini penuh dengan fakta. Ia adalah sebuah rencana berbentuk berita.

Dan seperti yang dijangka, tulisannya ditamatkan dengan Al-Fatihah. Aku tak kenal penulisnya tetapi jika dia ada membaca blog ini, ingin aku ambil kesempatan untuk ucapkan tahniah kerana engkau menulis dengan baik.

Seterusnya, aku cuma nak bercerita berdasarkan gambar-gambar yang aku petik dari rencana tulisan Mohd Nasif ini.

(Dari kiri: Datuk Ahmad Mahmud, Samad Lefthanded & Loloq)

1. Aku tak pernah interview Datuk Ahmad Mahmud tetapi aku masih "benci" dia! Itulah kesan Dr Ismadi kepada aku menerusi Ibu Mertuaku. Aku masih sakit hati sebab Dr Ismadi berlagak nak mampus and macam bagus saja sebab berjaya kembalikan penglihatan Kassim Selamat. Dah lah dia kebas bini Kassim tapi lepas tu masih nak berlagak lagi. Namun kali ini aku sedih kerana aku tak pernah interview Dr Ismadi ini dan aku tak sempat nak beritahu bahawa lakonannya meninggalkan kesan kepada jiwa aku berpuluh-puluh tahun lamanya.

2. Samad Lefthanded memang tak banyak cakap sebab setiap kali aku nak interview Lefthanded, yang sibuk nak bercakap ialah Nash dengan stail belianya itu. Samad dan Man Keedal memang banyak diam. Aku masih terpesona dengan solo Samad saat aku menyaksikan dia beraksi di Hard Rock Cafe kalau tak silap aku pada 1998 lalu. Pesona Samad ialah "kelembutan" dalam "kekerasan".

3. Loloq aku kenal pada tahun 1995. "Kau lah budak reporter yang kena tangkap OSA dulu kan?" Itulah soalan Loloq pada saat pertemuan aku pertama kali dengannya di Ella's Production di Ampang dulu. Masa tu bukannya aku nak jumpa dia, tapi aku nak interview Hillary Ang. Loloq menyibuk aje masa tu. Tapi mulai saat tu, aku dan Loloq jadi teman. Macam ada connection yang rebellious di antara aku dengan dia. Dia tahu penulisan aku berinspirasikan apa. Pernah aku siapkan sebuah manuskrip teater dan aku kasi Loloq baca dan katanya: "Kau ni....kitab apa pulak yang kau buat ni?" Dan untuk tiga tahun berturut-turut, aku dan Loloq jadi juri peringkat akhir Anugerah Planet Muzik (APM). Sekarang ni, kalau aku dipanggil lagi untuk menjurikan APM, aku pasti aku akan rasa satu kehilangan besar....sebab Loloq ni banyak cakap!

(Raffi Hussin & Sudiro Sukiman)

4. Raffi Hussin pernah main terjah aje masuk pejabat aku di Finas ketika aku jawat Pengurus Media di sana. "Saya baru hantar surat appeal kepada Datuk Shariff dan dia kata you akan buat penilaiannya. So, I harap you akan bantu saya," begitulah antara kata-kata Raffi yang aku ingat. Al-kisahnya, dia ada hantar surat rayuan supaya Finas luluskan permohonan pinjam SKP (Skim Kemudahan Produksi) untuk dia membikin filem Cinninya itu. Pada esokknya, Datuk Shariff panggil aku dan suruh aku buat surat menolak permohonan itu. Aku tak tahu nak cakap apa masa tu sebab Datuk Shariff tu boss aku. Dan aku lagi tak tahu macam mana nak berdepan dengan brader Raffi sebab dia baik sangat. Masa bercakap, dia cermat betul. Berhemah dan aku naik segan. Dan aku tak sempat nak mintak maaf sebab aku buat surat menolak permohonan SKP itu. Bukannya aku yang menilai permohonannya, tapi aku hanya buat suratnya atau. Tapi itulah kerja aku masa tu.

5. Sudiro Sukiman. Saat aku mula bekerja di TV3 pada 2004, aku jadi excited bila aku nampak mamat Rumah Kedai ni yang juga rupa-rupanya kerja di TV3. Bayangkanlah, sejak sekolah aku menonton dia berlakon. Dia bukanlah berlakon best sangat tetapi tak lah teruk sangat juga. Kalau nak dibandingkan dengan pelakon zaman sekarang, banyak yang longkang. Tapi bila aku fikirkan semula, Sudiro yang bawak watak Tapa itu sebenarnya membawakan watak orang biasa, macam penjaga kedai yang ada di kampung kita tu. Tanpa aku sedar sebenarnya, watak Tapa itu menjalar di badan aku sampaikan aku nak panggil anak Pak Cik Kedai kat kampung itu dengan nama Tapa.

Banyak lagi seniman kita yang meninggal dunia pada 2008 dan aku sarankan korang semua untuk membaca artikel itu di sini.

Mati itu pasti.

Ia akan datang kepada kita semua.

Aku bukannya sedih sebab diorang dah tiada tetapi aku sedih kerana ada di antara mereka itu aku kenal sangat.

Loloq barangkali tak sedar betapa banyak ilmunya yang aku kutip saat dia menghamburkan kata-katanya.

Raffi tak sedar kekaguman aku terhadapnya.

Begitu juga Sudiro dan Samad.

Tapi aku wartawan dan aku wajib impartial. Aku tolak tepi soal minat aku kepada mereka dan aku lakukan kerja aku secara profesional.

"Kalau kau kritik lirik aku, kau kritik betul-betul. Kau kritik dengan ilmu," itu kata Loloq kepada aku.

Kalian yang sudah kembali ke sisi Allah S.W.T adalah seniman agung di hati aku.

Dan sebagaimana tulisan Mohd Nasif, aku pinjam....kerana aku juga akan habiskan tulisan ini dengan AL-FATIHAH.

Dec 29, 2008

Akhbar hari Ahad memang best. Ada cerita hiburan yang bodoh dan yang pandai.

Aku teringat satu benda ni. Kalau tak silap aku dalam bulan Mei 1999. Beratus anggota Parlimen Turki ketuk-ketuk meja gila babi sambil menjerit-jerit perkataan "KELUAR" sebab ada seorang wanita anggota Parlimen jugak yang namanya, Merve Kavakci masuk Parlimen dengan memakai tudung.

Masa tu, pantas PM Turki, Bulent Ecevit tangguhkan sesi angkat sumpah di Parlimen. Dan dia kata: "Pemakaian tudung adalah dilarang pihak berkuasa tertinggi Turki." Kita pun tahu, kepimpinan sekular Turki kan anggap pompuan yang pakai tudung as a political statement yang akan kacau the secular system.

Memang di Parlimen Turki tu, pengharaman pakai tudung tidak buat secara official tetapi hakikatnya ia dilarang.

Perancis dan Sepanyol dan banyak negara di seluruh dunia anggap pakai tudung ni sebagai satu simbol kebangkitan ekstrismis Islam.

Seriously people, isu pompuan pakai tudung ni bukan perkara baru tapi perkara lama yang masih boleh bangkitkan amarah, benci, sakit hati dan mampu juga ada akhiran berbunuh-bunuhan kerana ia adalah soal AGAMA.

Kelmarin aku ada dengar cerita tentang bapak kepada kawan shoeshine yang bukan main garangnya tegakkan syiar Islam sampai dia boleh ke tahap jerit kepada mana-mana pompuan muda yang berjalan tepi jalan dengan kata-kata seperti: "Tak cukup kain ke?" kalau si pompuan pakai seksi meksi.

Dahsyat kan? Bukan soal bapak garang tu, tapi soal tudung ni dahsyat kan?

Yes, dahsyat.

Namun, dalam aspek kewartawanan hiburan, barangkali pakai tudung ni kita boleh main-mainkan saja. Kita boleh baca surat khabar dengan headline: "Bekerja kuat untuk berubah" dan artis yang dikenali punyai rambut yang happening tetiba aje dah bertudung.

Sanggup "berhijrah" demi keluarga.

Bila keluar gambar macam ini, mesti ada komen macam ni: "Kan nampak manis pakai tudung". "Ha..lawa pun pakai tudung." And kalau pompuan bujang pakai tudung aje, tetiba aje akan ada komen yang dia dah sampai seru untuk bernikah. Bodoh....bodoh betul.

Gambar bertudung mereka mendominasi akhbar sisipan itu. Hebat. Kita sangka memang dia dah pakai tudung lah and akhbar tu dapat eksklusif. Kita fikir sebulan dua lagi dia akan keluar dengan album nasyidlah kot. Kita fikir lepas ni dia tak terkinja-kinja lagilah kot.

Tapi kemudian kita baca lagi dan kita baca yang ini:
"Siapa sangka di sebalik kontroversinya berkaki ayam ketika bertanding dalam Anugerah Juara Lagu Ke-22 (AJL22) tahun lalu, gadis lincah ini kelihatan cukup anggun bertudung dan mengenakan busana Muslimah sempena fotografi khas Maal Hijrah kali ini."

Fakta 1: Bukan perkara baru ni. Baik akhbar yang tak sudah-sudah buat benda yang sama. Maal Hijrah kasi artis yang tak pakai kasut pakai tudung.

Fakta 2: Sama lah dengan artis. Demi nak keluar akhbar, sanggup pakai tudung walaupun sebenarnya tak pakai dan buat keputusan atas dasar it's a "Muslimah Fashion Spread".

Dan kemudian bila ditanya tentang the seriousness soal tudung itu, mereka akan berkata seperti di bawah:
"Bertudung sebenarnya bukan perkara asing bagi saya. Malah, sehak berusia 13 tahun lagi saya sudah memakai tudung kerana pihak sekolah mewajibkan setiap perempuan Islam bertudung. Sebab itulah saya tidak kekok memakai tudung. Saya memang tiada masalah untuk memakai tudung, baju kurung, judah dan sebagainya mengikut kesesuaian majlis yang dihadiri. Ini juga sebagai penghormatan terhadap sesuatu tempat seperti surau dan masjid."

Can she sound more stupid than this? But then, disebabkan sukar untuk kita analisa apa yang ditulis wartawan hiburan masa kini yang terlalu banyak distorsi, boleh kah kita percaya bahawa apa yang diquote secara verbatim ini adalah apa yang benar-benar dikatakan oleh artis ini secara verbatim?

(Malunya aku kat benda ni)

Tapi lepas tu, lagi malu bila dia kata:
Bagaimanapun, katanya, beliau masih belum bersedia untuk tampil bertudung sepenuhnya.
"Ini bukan boleh dipaksa-paksa kerana kesedaran itu perlu datang dengan sendiri, dari dalam diri kita, dari hati yang ikhlas. Belum sampai 'seru' saya bertudung agaknya. Tidak mustahil saya akan bertudung suatu hari nanti, mana tahu selepas saya berkahwin nanti. Ketika itu, mungkin saya sudah berhenti menyanyi dan melakukan kerja yang sesuai dengan imej baru saya....."

Astaga, aku nak sangat mencarut ni tapi aku mintak diri aku sabar.

Mila oh Mila. Mak tak marah ke main-main pakai tudung macam ni? Tak baik tau.

Aku tak bias korang pakai tudung ke tidak, tunjuk aurat ke tidak. It's your choice.

Tak kisahlah, itu peribadi korang. Tapi janganlah momokkan kita.

Same to the entertainment reporting. Cukup-cukuplah sesi fotografi "sempena Maal Hijrah". And kalau nak buat pun, memang ada apa artis kita yang memang pakai tudung.

Tudung Siti yang masih diperkatakan sehingga ke hari ini tapi dia buat selamba aje. Suka hatilah Datuk. Tak apa, aku tak judge.

Ini jelas sekali bahawa tudung itu jadi kostum supaya "dikahwinkan" di antara niat suci sambut Tahun Baru Islam serta niat kapitalis untuk jual akhbar.

Mintak mahap kalau korang fans Milla atau Elyana ni.

But patut azam diorang untuk Tahun Baru Islam dan 2009 ialah supaya ada maruah, sebab dari pandangan aku, maruah diorang dah masuk dalam lubang taik.

Salam Tahun Baru Untuk Semua.

Keep it cool.

Silap-silap tahun depan budak ni pulak menggayakan tudung untuk Maal Hijrah tapi please maintainkan kasut dia okay tak? Cutelah!

Kredit gambar: www.bharian.com.my dan www.budiey.com.my

Dec 27, 2008

Kita ni kadang-kadang selalu saja diperbodohkan oleh media tempatan. Kita bodoh ke atau diorang yang bodoh?

Ini poster filem Spider-Man.

Dan ini pula poster Cicak-Man. Really really original kan?

Kenapa aku gesa REFORMASI KEWARTAWANAN HIBURAN?

Kerana contoh seperti di bawah ini. Aku bila balik KL, mesti baca paper Melayu dan of course Harian Metro jadi kewajipan jugalah kan (tempat jatuh lagi dikenang) dan hari ini (Sabtu, 27/12/08) ada cerita di bawah ini. Kalau korang nak baca keseluruhannya pergi ke sini. Tapi apa aku akan buat ialah aku akan komen para by para.

Selain komen tentang cara penulisannya, aku juga nak kata sesuatu tentang isi berita itu sendiri dari aspek nilai, relevan dan logikanya.
Tajuknya:
Muzikal Cicakman di IB
Oleh Norhayati Nordin

Para 1:
Menyedari penerimaan baik penonton tempatan terhadap persembahan teater, Istana Budaya (IB) dan KRU Studios Sdn Bhd akan mementaskan muzikal Cicakman pada 8 hingga 20 Disember 2009. Bahkan, ia turut menjanjikan kelainan kepada penonton.
KOMEN AKU (Tentang Penulisan): Intro penerangan yang digunakan sudah cukup elok tetapi dalam perenggan pertamanya ada dua ayat. Aku memang pelik sangat bila ada intro dengan dua ayat. Cuba baca ayat keduanya itu. "Bahkan, ia turut menjanjikan kelainan kepada penonton". Tak ke bodoh bunyinya itu? What the fuck does the writer means dengan "kelainan". Adakah Cicakman akan dipentaskan di tandas IB? Apa kejadah "kelainan" yang dimaksudkan? Intro sepatutnya dah menjawab 5W + 1H pergi ke mana? Sebenarnya tak perlu ada ayat kedua itu sebab of courselah akan ada "kelainan" dalam Cicakman berbanding semua teater yang pernah dipersembahkan di situ. Nothing new about that at all. Why the fuck write for the fucking sake of writing?

Para 2:
Namun, apakah muzikal Cicakman turut menyuntik 'elemen baru' dalam persembahan teater seperti yang dipertontonkan pengarah berbakat, Ahmad Idham Ahmad Nadzri untuk pementasan Impak Maksima The Musical baru-baru ini? Terlalu awal untuk meneka.
KOMEN AKU (Tentang Penulisan): What is wrong with this journalist? Kenapa dia suka sangat buat dua ayat dalam satu para dan lebih buruk apabila ayat kedua itu kononnya untuk "tease" pembaca. The fundamental of a news writing (even entertainment) is to provide information, not to generate assumption. Tak perlu ada ayat kedua "terlalu awal untuk meneka" itu sebab bunyinya bodoh!

Para 3:
Apapun, Presiden yang juga Ketua Pengarah Eksekutif KRU, Norman Abdul Halim berkata, teater Cicakman yang akan dipentaskan di IB nanti berkonsepkan muzikal komedi. Malah, turut dimuatkan elemen siri ketiga kisah 'superhero' pertama negara itu.
KOMEN AKU (Tentang penulisan): Pada para ketiga, barulah sang wartawan hiburan ini menjawab persoalan tentang "kelainan" itu. Kelainan yang dimaksudkannya ialah teater Cicakman berkonsep muzikal komedi dan ia bukan adaptasi langsung daripada jalan cerita filemnya, sebaliknya ia ada tempias siri ketiganya (penggunaan diksi "elemen" di sini ternyata salah sangat dari segi konteks).

Para 4:
"Justeru, secara tidak langsung penonton akan menyaksikan satu kelainan yang berbeza antara filem dan teater. Ini kerana, kami tidak mahu memberikan pengalaman menonton yang sama kepada mereka. Oleh itu, semestinya elemen baru perlu disuntik.
KOMEN AKU (Tentang penulisan): Redundant! If this is a direct quote (which likely is), ternyata penggunaan bahasa Norman seperti budak bodoh dan seharusnya sang wartawan 'membijakkan' komen dia. Contohnya: "satu kelainan yang berbeza". Di mana salah frasa ini? Bukankah "kelainan" itu sudah jadi satu "perbezaan"? Ayatnya sepatut begini: "....menyaksikan satu kelainan di antara filem dan teater." Lagi satu, penggunaan "antara" sepatutnya dipasangkan dengan hingga manakala "di antara" dipasangkan dengan "dan".

Dalam berita yang sama, Norman ada bercakap tentang jumlah kutipan Cicakman 2: Planet Hitam yang kesasar. Lebih kurang begini dia berkata:

Para 7, 8, 9 dan 10:
Menyentuh kutipan Cicakman 2: Planet Hitam ditayangkan di pawagam sejak 11 Disember lalu, Norman berkata setakat ini jumlah diperoleh RM2.7 juta. Katanya, jumlah kutipan dicapai itu ternyata di bawah jangkaan pihaknya.

"Kalau hendak dibandingkan dengan Cicakman terdahulu, sepatutunya dalam tempoh dua minggu tayangan jumlah kutipan yang patut diperoleh RM4 juta. Bagaimanapun, dalam soal ini kutipan Cicakman 2 kurang kira-kira RM1 juta untuk minggu pertama dan kedua.

"Saya melihat ia berlaku kerana faktor saingan antara filem dari luar negara dan tempatan yang turut ditayangkan di pawagam. Seperti filem tempatan, boleh dikatakan setiap seminggu masuk satu filem baru di panggung hingga menyebabkan tiada ruang.

"Sepatutnya, biar selepas dua minggu tayangan sesuatu filem, baru yang terkini ditayangkan. Apabila 'tiada ruang', ia secara tidak langsung membawa kepada persaingan rapat antara filem asing dan terbitan produksi tempatan. Oleh itu, inilah jadinya," kata Norman.

KOMEN AKU UNTUK PARA 7,8,9 DAN 10 (Tentang penulisan dan beritanya): What the fuck does the sang wartawan or Norman is saying here? "Sepatutnya, biar selepas 2 minggu tayangan sesuatu filem, baru yang terkini ditayangkan?" What does that supposed to mean? And: "Oleh itu, inilah jadinya?" Apa makna tu? Who the fuck let this story go? Apa maksud tiada ruang? Tak cukup panggung? Tak cukup reel? Are we (the readers) supposed to understand what goes on the local film industry with this para? Norman, what the hell you wanna say here man?

Para 11:
Menurut Norman, senario ini kurang baik untuk pencapaian kutipan filem tempatan. Ini kerana, penonton sudah pasti mahu menonton filem luar negara lebih-lebih lagi jika dibintangi pelakon terkenal antarabangsa seperti Keanu Reeves yang kacak.
KOMEN AKU (Tentang Berita): Fucking lame! Are you saying we (the audience) are stupid? We go and watch foreign films because the actors are hot? Well, fuck you for saying this. Tobey Maguire is not so hot, but hey, I don't wanna miss Sam Raimi's work on Spiderman. And FYI, the main reason for some people go and watched The Day The Earth Stood Still could be because we wanna see how good was the remake done. Do have any support to your claim that we (the audience) tengok wayang sebab "ia dibintangi pelakon-pelakon kacak seperti Keanu Reeves")?
KOMEN AKU (Tentang Penulisan): Penulis ini barangkali bodoh! Kalau dia tak bodoh, dia akan contest quote yang ini. Enuf said about the stupidity of this para.

Ini budak Tobey Maguire yang jadi Spider-Man.

Dan ini Cicak-Man. So, who do you blame? You get me?

Para 12:
"Usah lihat pada jalan cerita filem itu, tetapi bersandarkan nama pelakonnya saja sudah pasti penonton tempatan berminat untuk menontonnya. Ditambah lagi, kos pembikinan filem yang tinggi jika hendak dibandingkan dengan bajet dikeluarkan produksi di negara ini. Boleh dikatakan ibarat langit dengan bumi."
KOMEN AKU (Tentang berita): Masih lagi mempersendakan audien tempatan. Kami ni semua bodoh. Kami ni semua menonton filem asing bukan sebab jalan ceritanya, bukan sebab kehebatan pengarahnya tetapi kami ni semua gila nak menonton nama-nama besar itu. Fuck you very much!

Ini poster asal filem The Day The Earth Stood Still yang diarahkan oleh Robert Wise pada 1951.

Dan ini pula filem yang sama tetapi dibuat semula oleh Scott Derrickson tahun ini.

Para 13:
"Apapun, harga tiket filem luar negara tetap sama dengan filem tempatan. Pada saya harga tiket filem luar dinaikkan kerana kos pembikinannya tidak sama dan jauh lebih besar."
KOMEN AKU (Tentang berita): Logiknya kalau kos sesuatu produk itu tinggi, maka harga jualannya pun patut tinggi kan? Kalau Titanic dibuat dengan harga RM500 juta manakala Cicakman dibuat dengan harga RM20 juta, tiket filem mana yang patut lebih rendah? Again, this stupid writer is too stupid to ask a follow up question ke? Kalau aku Editor dia, aku dah suruh dia balik rumah dan cuti seminggu dah ni.

Para 14:
Norman berkata, apapun dia menerima baik jumlah kutipan diperoleh Cicakman 2: Planet Hitam. Bahkan, katanya, walaupun tidak mampu mengutip jumlah besar seperti diraih Cicakman, dianggarkan kutipan keseluruhan berjaya dicatat RM3.5 juta berbanding filem pertama mengumpul RM6.5 juta.
KOMEN AKU (Tentang berita): Okay, the question now is kutipan Cicakman 2: Planet Hitam yang kesasar. Ntah-ntah filem tu tak best. Kan senang?

Ini story yang amat bodoh.

A fucking insult to my intelligence.

Now you know why we need this REFORM!

Keep it cool people no matter what fuck you read in the news today!

Dec 24, 2008

Ini entry terakhir aku tentang majlis kahwin Mawi/Ekin. Banyak benda bangang yang perlu dijelaskan.

Berita Harian hari ini menulis begini:

"Banyak pengajaran yang diperolehi daripada insiden ini. Kita berasakan tidak perlulah ada mana-mana stesen TV untuk membuat liputan memegang hak eksklusif majlis atau acara membabitkan perkahwinan artis. Lainlah yang berkahwin itu adalah personaliti terkenal daripada stesen TV terbabit. Lagipun, jika benar Mawi atau ada artis lain itu hak masyarakat, jangan ada mana-mana stesen TV mengadakan perjanjian dengan artis terkenal untuk mendapatkan hak siaran eksklusif. Ia sebenarnya boleh dianggap sebagai menghalang kebebasan media untuk membuat laporan berita, biarpun ia hanya majlis perkahwinan seseorang artis."

Aku rasa cara sesuai untuk aku perkatakan ini ialah menerusi point form:

1. Usaha TV untuk mendapatkan hak eksklusif siaran terhadap mana-mana event adalah soal bisnes. How can you even think of suggesting this? This is way beyond stupid! The understanding of exclusive rights needs to be explore further to make sure the writer understand what he is suggesting.

Kudos to Astro sebab berjaya dapatkan hak penyiaran untuk perkahwinan Mawi (kejayaan yang sama juga dikecapi TV3 untuk perkahwinan Siti Nurhaliza). Itu bisnes TV. Ia babitkan ratings, advertisers dan branding.

Dulu TV3 berjaya mendapatkan penyiaran hak eksklusif untuk majlis perkahwinan Siti Nurhaliza dengan Datuk K. Apa yang pasti, dalam pada stesen TV berusaha mencari good business menerusi usaha mendapat hak penyiaran, dalam pada masa yang sama stesen TV sama ada yang percuma, satelit atau kabel tetap kepada matlamat untuk memberikan informasi kepada rakyat.

First of all, tak ada salah langsung untuk sesebuah stesen TV (baik yang free atau setelit atau kabel) untuk mendapatkan hak penyiaran eksklusif cuma mereka barangkali perlu ada BUDI BICARA terhadap media lain.

Aku fikir pengurusan yang mengendalikan siaran langsung majlis pernikahan Mawi di Astro itu harus lebih teliti/cermat/prihatin dalam soal ini. Biarpun mereka ada hak eksklusif, mereka harus prihatin bahawa pernikahan Mawi & Ekin ada news value dan banyak media yang akan membuat liputan.

Sama ada korang suka Mawi/Ekin atau tidak, aku tetap berpendapat bahawa majlis perkahwinan mereka mempunyai news value.

Mereka juga harus melihat bahawa liputan media lain terhadap majlis berkenaan akan memberikan milage yang besar buat mereka. Dan untuk menghalang sesetengah media daripada berada di dalam dewa sidang akhbar seperti apa yang berlaku adalah satu langkah yang tidak bijak.

2. Aku percaya Astro tidak meletakkan garis panduan yang terlalu ketat terhadap liputan oleh media lain untuk majlis pernikahan itu kecuali memastikan hanya mereka yang membuat liputan secara langsung tetapi barangkali the flow of information kepada pengurusan Maestro tidak diperjelaskan sehingga kelihatan pegawai kanan Maestro kelihatan (seperti laporan Melodi) begitu angkuh ketika dihampiri pemberita.

3. Aku harap selepas ini akan terus menerus ada lagi perkahwinan artis disiarkan secara langsung dan ada stesen TV mendapatkan hak eksklusif sebab ia memeriahkan industri TV. Tetapi harapnya selepas ini, BUDI BICARA digunakan dengan sebaiknya supaya media lain mendapat peluang untuk membuat liputan secara adil tanpa ada pertelingkahan.

4. Aku harap entertainment journalist memahami maksud hak penyiaran eksklusif sebelum memberikan cadangan silly seperti di atas.

Mendiang Princess of Wales ini berkahwin dan disiarkan secara eksklusif oleh stesen BBC pada 29 Julai 1981 dan BBC mendapatkan hak eksklusif untuk majlis berkenaan selama 48 jam tetapi pada masa yang sama seluruh dunia membuat liputan terhadap majlis perkahwinan berkenaan.

5. Aku kesal dengan laporan bercanggah Harian Metro di mana penulis hiburan tidak menyatakan apa yang berlaku yang sebenarnya manakala teman sekerjanya di akhbar yang sama tetapi berpusat di Johor Bahru memberikan laporan yang berbeza pada hari berikutnya kerana itu seolah-olah bias.

This would explain why I brought up "Celebrity Journalism". The kind of reporting in showbusiness at present now cannot be classified as entertainment journalism. How can it be even called "journalism" if such reporting does not adhere to the highest professional and ethical standard? This is my last entry (insya-Allah) on this matter.

Please people, KEEP IT COOL.

Dec 22, 2008

Kewartawanan Hiburan Sejati vs KEWARTAWANAN SELEBRITI. Masa depan yang barangkali masih kabur.

Ada wartawan hiburan yang berlakon. Ada wartawan hiburan yang dah jadi penyanyi. Ada wartawan hiburan yang dah jadi penulis lirik. Ada wartawan hiburan pada masa yang sama ketika jadi wartawan hiburan pernah jadi pengurus artis.

Ada wartawan hiburan yang jadi presiden kelab yang tak ada kaitan dengan kewartawanan. Pendek kata ada banyak kegiatan yang dilakukan oleh wartawan hiburan di masa kini yang aku rasa langgar kedudukan profesi mereka sebagai wartawan secara keseluruhannya.

Ada wartawan hiburan baik dengan artis A yang ada "beef" dengan artis B. So sang wartawan hiburan yang cium molot dengan artis A turut tak mahu berkawan dengan artis B. Ada wartawan hiburan yang tak akan melaporkan sebarang berita buruk tentang artis kesayangannya dan akan mula bermusuhan dengan mana-mana wartawan lain yang cuba melaporkan sebaliknya.

Salam kepada korang semua wahai wartawan hiburan. Don't deny this coz it is happening now. That much I know. That much I saw already in my years as a journalist.

But I realize that time has change and people change.

Priority change.

Namun, aku masih melihat kewartawanan sebagai kewartawanan dan itu tidak akan berubah biar macam mana arus yang datang menggoda, badai yang membanting atau kilat yang datang menyambar.

So, di mana aku bercadang untuk memulakan Reformasi Impian ini kerana ini hakikatnya:

Kewartawanan Hiburan sudah berubah dan ia kini lebih dikenali bagiku sebagai :

Kewartawanan Selebriti
- Ini kerana mereka (Wartawan Hiburan) masa kini juga adalah SELEBRITI. Aku bukan menyindir atau mahu bersifat sakarstik tapi aku menyebut ini adalah HAKIKATnya.

Sungguh, kalau berlaku pun Reformasi ini, ia tidak akan menarik balik status KEWARTAWANAN SELEBRITI itu kerana mana mungkin status gemilang itu mahu dibuang kan?

Namun, Reformasi masih boleh berlaku jika kita mahu tapi berikut ini adalah satu lagi hakikat.

* Jika KEWARTAWANAN SELEBRITI dimaksudkan dengan aspek kewartanan yang meliputi cabang bisnes seni, maka ia tidak boleh dianggap sebagai KEWARTAWANAN SEJATI kerana etikanya pasti berbeza.

* Pada tanggapan harafiah, KEWARTAWANAN SELEBRITI diterajui dengan perkara yang karekternya berbeza sangat dengan KEWARTAWANAN HIBURAN YANG SEJATI. Kewartawanan Hiburan Yang Sejati memberikan informasi/maklumat yang memberikan kesan kepada masyarakat manakala KEWARTAWANAN SELEBRITI tidak, sebaliknya ia hanya menyentuh segelintir masyarakat yang kebanyakan "menetap" dalam kepompong seni itu sahaja dan kebanyakan informasi yang disalirkan tidak memberikan kesan secara mass kepada masyarakat.

* Wartawan dalam medan Kewartawanan Hiburan Yang Sejati bertanggungjawab melahirkan laporan-laporan yang bijak, membina minda pembaca/penonton, memberikan ulasan yang seimbang terhadap filem atau muzik atau teater etc manakala KEWARTAWANAN SELEBRITI melahirkan sifat mengagungkan baik si wartawan mahupun respondennya.

Perbezaan ini bagi aku perlu diperjelaskan supaya kita boleh membezakan di antara mereka yang benar-benar Wartawan dengan mereka yang mahu jadi Wartawan Selebriti.

So, yang mana satu kita mahu?

Tapi baca dulu yang di bawah ini sekadar buat renungan:

THE EFFECTS OF THE ENDLESS RAVE OVER CELEBRITIES LIVES
Media could end up "dumbing down" audiences by focusing on too much gossip and trivia. Celebrities may be public figures, but their personal lives can only become "fair game" to journalist if they have a significant impact on the work that celebrities do. While there are also media hounds among celebrities who would do anything and everything to be in the news, it is imperative for journalist not to fall for such attempts. They should always keep in mind how they can help shape public opinion with the kind of information that they provide to audiences. (by Danilo Arana Arao, Asst Prof Dept of Journalism, University of the Philippines College of Mass Communication).

Kalau boleh, fikirkanlah ini dalam keadaan yang paling COOL okay.

Ini adalah cast dari drama Frontpage yang memaparkan tentang kehidupan dan pekerjaan wartawan. Aku sekadar meletakkan gambar ini sebab aku tak tahu nak pilih gambar apa bagi korang yang suka tengok gambar. Hahahahha

Dec 21, 2008

Aku catatkan sejarah Anak Melayu Felda Pertama yang BERJAYA "TUTUP" "RUMAH ALLAH" terhadap orang Muslim lain yang bernama WARTAWAN

Pukullah taboh, pukullah taboh, pukul rebana
Kalau dah jodoh, kalau dah jodoh tidak ke mana
Sampaikan Masjid, sampaikan Masjid jadi kau punya.

Gununglah banang, gununglah banang bercabang dua
Bagaikan pinang, bagaikan pinang dibelah dua
Wartawan kau halau, wartawan kau halau, tidak ke mana

Tanah yang licin, tanah yang licin tidak berduri
Bagaikan cincin, bagaikan cincin, lekat di jari
Apa nak kata, apa nak kata, benda dah jadi
Asal Mawi dan Ekin, asal Mawi dan Ekin bahagia tak terperi.

Kita sayang Mawi lagi tak? Kita kenang lagi tak ratusan ringgit atau puluhan ringgit kita 'laburkan' terhadap Mawi supaya dia boleh menang Akademi Fantasia? Kita kagum tak selepas dia menang Akademi Fantasia, dia "membebaskan" dirinya dari belenggu Felda? Kita bangga lagi tak selepas menang Akademi Fantasia dengan bantuan kita, Mawi jadi popular? Kita seronok tak bila Mawi dah popular dia popular lagi dengan cerita dia putus tunang dengan Ina Naim? Kita terus bangga tak selepas putus tunang, Mawi dapat pulak bernikah dengan Ekin? (entah dari AF yang keberapa aku pun tak ambil peduli).

Dan aku harap kita terus bangga apabila Mawi "tutup" "rumah Allah" yang bernama Masjid Sultan Abu Bakar Johor Bahru untuk orang Islam lain yang bernama WARTAWAN sebab Mawi dah "jual" majlis pernikahannya untuk stesen TV yang jadi landasan kepada kegemilangannya itu.

Wartawan yang kerjanya mulia itu rata-rata dihalau, diherdik oleh "orang-orang" milik Mawi hanya kerana menjalankan tugas mereka buat aku "bangga" kerana barangkali Mawilah antara anak Melayu Felda pertama di Malaysia yang berjaya melakukan itu dan barangkali tidak akan ada lagi anak Melayu Felda yang bisa melakukan perkara sebegitu biarpun 1,000 tahun lagi.

Aku tak pasti berapa ramai yang membaca blog ini pernah terbabit dalam "gejala" membantu Mawi menang AF dengan sumbangan SMS korang tapi minta maaf cakaplah....aku hanya mahu katakan apa yang terbuku di hatiku ini kerana aku tahu dan aku dapat "rasa" perasaan teman-temanku yang membuat liputan di majlis pernikahan berkenaan.

Barangkali korang nak kata Mawi tak salahlah. Ini isu Astrolah. Cakaplah apa saja, tapi yang menikah itu ialah Mawi dan Ekin. Dialah Tuan Rumah yang menentukan segala-galanya tetapi komen Mawi berbunyi begini: "Saya tak tahu menahu tentang perkara ini. Cuma saya takut orang akan kaitkan setiap kontroversi seperti ini dengan nama saya. Apa benda yang jadi pun, nama saya akan tetap disebut. Saya harap pihak-pihak yang terbabit dalam isu ini memahami keadaan saya dan Ekin."

First of all my friend, it's your fucking wedding man. You should be accountable for it. Kau biar orang kau halau wartawan. Kau biar dan "tak tahu" tentang orang kau yang herdik wartawan. Wartawan yang suatu masa lalu asyik menulis tentang betapa hebatnya engkau sebagai seorang anak Melayu Felda yang berjaya.

Dalam laporan di Murai.com juga mencatatkan ini:

Ekin dalam nada yang penuh diplomasi pula berkata, setiap majlis yang besar seperti perkahwinan, tentu akan ada cacat cela kerana ia sudah menjadi lumrah.

And Ekin was quoted saying: "Kita cuba sedaya upaya untuk memuaskan hati semua orang. Saya harap perkara ini tidak akan berlarutan menjadi satu isu yang diperbesar-besarkan. Sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang sudi datang tidak kira untuk meraikan kami dan membuat juga liputan."

Wahai Mawi dan Ekin, korang tak payah risau. Wartawan yang sama itu, yang dihalau oleh orang kalian akan tetap buat liputan tentang kejayaan kalian berdua kerana biar dicaci, dihina, wartawan tetap akan menjalankan tugas dengan penuh disiplin, adil, tanpa ada hasad, tanpa rasa benci, insya-Allah.

Wartawan yang sama yang menulis tentang betapa mereka marah kerana dihalau masih akan mencatatkan "Selamat Pengantin Baru" dan "Semoga Kalian Berkekalan". Wartawan yang sama yang terpaksa berdiri di bawah terik matahari, dilarang masuk Rumah Allah itu tetap akan siarkan tentang kejayaan yang bakal korang kecapi nanti kerana mereka adalah Wartawan.

Aku tak fikir wartawan akan boikot kau ke apa ke. Kalau tak percaya kau buatlah PC (Press Conference) bagi "menjelaskan keadaan sebenar" (ini aku speculate aje ni) dan aku yakin pasti ramai wartawan yang akan hadir.

Kenapa mereka akan terus hadir? Sebab bukan mudah seorang anak Melayu Felda yang tak payah sekolah tinggi sampai ke universiti dapat buat majlis nikah yang lebih hebat daripada anak raja kan? Itu kan satu kejayaan? Dan kejayaan itu kita harus Raikan Bersama.

Seperti mana wartawan-wartawan lain, aku juga akan habiskan posting ini dengan mengucapkan "Selamat Pengantin Baru" buat Mawi dan Ekin dan "Semoga Kalian Akan Berkekalan Sehingga Ke Anak Cucu."

DONC: Sahabat-sahabatku - Agi Idup Agi Ngelaban. Salam

Kalau korang nak tengok cara-cara nak halang kerja wartawan (terutama halang wartawan beragama Islam untuk masuk ke masjid...sila saksikan video dengan link kepada alamat di bawah ini)

http://www.youtube.com/watch?v=K3UmrjHl6vg

Tapi yang penting - KEEP IT COOL ok.

Tadi aku sembang dengan kawan reporter di Facebook chat.....ada gosip rupanya. Meh baca ni.

Aku biar pun duduk jauh di Singapore ni (bukanlah jauh mana pun kan? - kalau naik bus dalam 4 jam saja ke sini). Ops, sorry. Balik kepada isunya. Aku walaupun ada kat Singapore, being a journalist (a former journalist if you wanna think so) selalu aje aku cari or dapatkan updates tentang dunia kewartawanan di Malaysia (especially Kuala Lumpur).

To my surprise that, akubimbo jadi isu pulak dah. Sebelum aku sambung, aku catatkan "chat" aku dengan seorang teman wartawan dari Kuala Lumpur (namun I can't reveal the name) Jumaat lalu. Baca dulu.

Clear Chat History
11.43am A***
Mereka dah x nampak apa tugas derang sebenarnya

11.43amSaniboey
Hey, am gonna write something later berdasarkan conversation ini...dengan terus terang...tak mau sinis2

Okay tak?

11.44amA***

Yes

11.44amSaniboey
Sindir nampaknya sudah nak mendidiklah

11.44amA***
Maybe sebab x de org boleh tegur mereka
Jd makin menjadi2lah
Ada report ent nor tanya pun soalan bukan2 bro
Soalan ini ada bro: "betul ke i dengar cerita u amalkan kehidupan dan hubungan songsang"...
Maksud saya...ada reporter bertanya gitu pada seorang artis lelaki ni

11.46amSaniboey
Ya Allah...serious?

11.46amA***
Yes

11.46amSaniboey
huh
sedihlah
ini jadi kat dunia ent journalism aje lak tu kan?

11.47amA***
Mmg lah dan masa tu sy tgh buat kerja saya...sempatlah aku mengumpat dlm hati kejap
hahahaha
tu sebab kata...bro turun pdg dan nilaikan sendiri
mereka ni dah jd 'poyo'

11.48amSaniboey
hmmmm, i can only nasihat dari jauh lah.

11.48amA***
wartawan semua betul...
mereka dh jadi mcm wartawan majalah ****
ada yang tanya 5 perkara ttg keistimewaan u
ada lagi...tanya 5 bahagian seksi pd diri u
Allah...soalan c membina langsung

11.49amSaniboey
huh! serious?

11.49amA***
kadang malu sendiri
nk cari reporter yg betul2 matang susah bro

11.52amSaniboey
mantain at general desk is better agaknya kan?

11.52amA***
derang keluar u terus jadi reporter
terus jd reporter hiburan

11.52amSaniboey
dulu kita org tak boleh ke ent desk terus menerus
mesti kena buat general or crime or court dulu

11.53amA***
Sy dulu pernah kerja di paper nyamuk 2 thn
tp kat situ belajar mcm nak p bunuh diri
sy belajar dgn arwah ****
orgnya x byk ckp...tp sinisnya pedih hati

11.54amSaniboey
Arwah ****?
saya kenal sangat dengan arwah tu
dia penah maki saya banyak kali tapi maki penuh kasih sayang
hehehehehe

11.54amA***
kertas berita sy penuh dakwat merah, hijau, hitam...pastu dia campak dlm tong sampah
salah 1 ejaan aje dah balik ke tong sampah

11.55amSaniboey
ahaahahah...aku pun dah kena gitu...dia campak dalam tong sampah dan kemudian suruh aku pi beli teh tarik kat bawah
okay....i have to go solat Jumaat di ang mo kio ni
nanti kita sembang lagi
tapi apa yang kita sembang ini akan dijadikan bahan blog okay

11.57amA***
Ok bro

11.57amSaniboey
tapi identiti u akan terpelihara okay

11.58amA***
Okay....tk care
saya akan tunggu

11.58amSaniboey
ok. Salam.

Posting ini ada sambungannya di bawah ni.

Dec 20, 2008

Ini sambungan daripada posting yang ada kat atas ni. Masih tentang cerita gampang mulut puaka.

(Sambungan dari posting sebelum ini)

"Dalam agama mana pun kan, ia akan menitikberatkan ilmu pengetahuan, sekaligus meletakkannya di hiraki yang tinggi. Ilmu perlu disebarkan untuk manfaat makhluk dan alam seluruhnya. Oleh itu, bidang kewartawanan adalah berkait rapat dengan ilmu pengetahuan. Kewartawanan sebagai satu disiplin ilmu, wartawan sebagai manusia yang menjalankan tanggungjawab manakala akhbar adalah wadah menyebarkan ilmu dan maklumat untuk faedah masyarakat." (Mohd Shah Abdullah; Berita Harian 17/01/1992; m/s: 10)

Pepatah Melayu menyebut: "Pena pengarang lebih tajam dari mata pedang." Hakikat ini menggambarkan betapa berkesan dan berpengaruhnya wadah penulisan itu. Maka dengan itu, kewartawanan adalah kerjaya mulia serta berpengaruh dalam kehidupan seharian.

Sayangnya kan, ada di kalangan wartawan hiburan ini yang tak nampak semua ini atau buat sengaja tak nampak. Kemuliaan itu lama-lama makin menipis.

Namun kan, berbeza dengan wartawan arus perdana sepertimana zaman aku dulu, wartawan hiburan ni agak sukar ditegur kerana apabila ditegur, mereka akan diam....dan kemudian berkumpul di kedai kopi Jalan Yap Kwan Seng dan kemudian mula sidang mengata macam gampang.

Aku menulis tentang wartawan hiburan ini telah diherotkan bahawa kononnya aku nak menjatuhkan martabat dan profesi wartawan hiburan tanah air. Korang ni memang buduh tahap cipanlah! Aku menulis supaya kita kembalikan integriti dan kredibiliti wartawan hiburan, hence the Reformasi Kewartawanan Hiburan.

Me and ada banyak lagi di kalangan orang di industri have tolerated enough already dan biar aku saja yang bersuara, aku harap korang KEEP IT COOL sebab niat aku hanya satu - iaitu supaya kewartawanan hiburan kembali kepada ekapaksi asal, bukan jadi Luncai!

Maaf cakaplah...kalau tanya tentang "5 perkara yang you rasa seksi tentang badan you"...tidak akan membantu kepada intifada ini.

DONC: Tak kan tak boleh ditegur kot? Meh datang Singapore, DonC belanja makan sup tulang kambing nak?

Dec 19, 2008

Pagi ini aku duduk di Starbucks, Tampines membaca Straits Times Singapura dan banyak kisah sedih tentang negara aku, Malaysia.

Aku di Tampines pagi ni, di Starbuck. Minum hot choc sambil membaca Straits Times. Banyak cerita tentang Malaysia yang aku jumpa dan paling menyedihkan barangkali dua cerita ini:

Yang pertama;

1. Special interview with Datuk Zaid Ibrahim

Aku rasa semua orang di Malaysia kenal dah dia ni tapi bagi yang tak kenal, Datuk Zaid Ibrahim, ialah bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang dilantik Pak Lah pada Mac lalu tetapi kini dia sudah meletakkan jawatan kerana melanggar etika Umno dengan menghadiri dan memberikan upacan di majlis yang dianjurkan oleh parti pembangkang. Namun, perletakan jawatan dia juga dikatakan berikutan penahanan orang di bawah ISA yang tidak diketahuinya.

Kenapa aku kata interview dengan Datuk Zahid itu sedih? Sebab jawapannya kepada temubual itu buat orang macam aku yang tinggal di negara asing (walaupun sebelah Malaysia saja) bimbang kerana seolah-olah kepimpinan BN di negara aku makin goyah. Apa yang Datuk Zahid kata bangkitkan keresahan.

Bawah ini, aku sajikan dengan sedikit Q & A dari temubual itu:

Datuk Zahid kata dia bimbang kita akan jadi macam Fiji atau Zimbabwe yang didominasi oleh golongan yang ada kuasa. Malaysia hanya untuk Melayu? Kenapa Datuk Zahid bangkitkan soal perkauman ini?

Barangkali, Datuk Zahid menggunakan media asing untuk menyampaikan apa yang terbuku di hatinya atas apa yang dah berlaku terhadap dirinya. "Some say I should not be a Malay" - I think Datuk Zahid have to read between the lines atas komen berkenaanlah. Dia kan pandai.

Attempt Datuk Zahid untuk memberikan gambaran buruk terhadap bakal Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak. Pada aku, ini salah dari segi etika sama ada kamu ahli Umno atau tidak.

Ini sebuah lagi laporan berbentuk analisa yang disiarkan dalam Straits Times Singapura hari ini. Barangkali ini adalah rentetan daripada isu Datuk Zahid tu agaknya. Benarkah orang Melayu di Malaysia sekarang ini sedang marah dan bakal ada kebangkitan?

Well, itu adalah kisah politik Malaysia yang mendapat perhatian akhbar Singapura hari ini. aku tak mahir sangat menulis tentang politik ini tetapi dari pandangan mata kasar, aku melihat ketidakwajaran Datuk Zahid menggunakan media asing seperti ini untuk agenda peribadinya, tapi barangkali itulah strategi yang dipelajarinya daripada teman-teman parti pembangkang yang dia dok mention tu.

2. Kisah hiburan tanah air

Anyway, selain itu, kisah entertainment juga dapat perhatian akhbar Straits Times Singapura hari ini. Boleh banggalah industri hiburan di Malaysia sebab dah makin menjadi Barat dengan isu cerai berai artis sehingga industri seni Malaysia digelar seperti di bawah ini:

Cantik sekali. Biar kita tak pernah menang Oscar, filem terbitan kita tak pernah benar-benar mendapat perhatian dunia tetapi isu cerai berai dah makin mendapat perhatian.

Kita siap disamakan dengan Hollywood lagi. Sempoi giler kan?

Suatu masa lalu, diksi "Malaysia Boleh" digunakan untuk bangkitkan semangat di mana ia memberikan makna bahawa Malaysia mampu mencapai bintang tetapi artis tempatan kita berjaya bangkitkan makna lain kepada diksi "Boleh" itu.

Apa pun, laporan tentang cerai berai artis Maaysia itu ditulis dengan baik sekali berdasarkan pemerhatian pembaca. Penulis itu hanya melaporkan apa yang berlaku sekarang di Malaysia dan atas pendapat peribadi, harus aku katakan bahawa ia amat menyedihkan.

Susah untuk kata KEEP IT COOL sekarang.

Dec 18, 2008

Memang aku banyak mencarut dalam blog ini. "This is not a black and white world, to stay alive, I say the colors must be swirl!"

Ini jadi tajuk aku. So, kalau berani, teruskan membaca. Hahaha...macam real aje kan?

Tidak rasionalkah aku bila aku mencarut dalam blog ini? Adakah apa yang aku maksudkan dalam segala penulisan aku terus jadi kesasar saat aku gunakan diksi carut? Aku diberitahu bahawa apa yang kita tulis melambangkan keperibadian diri kita. So, kalau tulis perkataan carut, maka aku orang carut? Generalizing namanya tu. Maka carut aku dilihat terus kepada carut, tanpa dianalisa perkataan carut itu atas dasar apa atau kesesuaian kepada konteksnya.

Lokman Hakim dalam Berita Harian 4 Ogos 2006 menyebut: "Perkataan mencarut memang amat hina. Sesiapa mengucapkan perkataan hina melambangkan kehinaan dirinya. Mereka yang mengucapkan perkataan mencarut dan fitnah dikuasai fikiran oleh syaitan."

Manakala, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula kata:
"Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut atau mencaci seseorang jika kena pada tempatnya, boleh menjejaskan maruah agama. Ini kerana umat Islam sejak kecil lagi diajar supaya menjaga kelakuan
dan percakapan mereka dengan hanya menurutkan kata yang baik-baik."

Cakap apa pun, aku satu hari nanti berniat nak pakai pakaian macam Tok Guru ni lah. Cool gila kan? Dulu masa di Casablanca, aku ada beli "Jelabab" iaitu sebuah jubah yang ada tutup kepala dan bila pakai aku dah jadi macam Obi Wan Kenobi. Tak cukup dengan jubah cool, kereta Tok Guru ni pun gerek seh!

Aku melihat ini lebih jauh sebenarnya. Beyond than the fact of vulgarity and profanity. Sayangnya, kalau fokus kita ialah hanya kepada vulgarisme dalam penulisan aku, maka barangkali, mesej-mesej yang aku cuba ketengahkan gagallah.

Lokman Hakim tanpa ada sebarang reference dengan cabul sekali menyebut orang yang mencarut dikuasai syaitan. Fitnah itu yalah syaitan, tapi carut pun kena ke? Nik Aziz pulak kata okay. (Fuck you lah Lokman! - Sorry, I just have to say that)

Datuk Ahmad Sebi (Bekas Ketua Pengarang Berita Harian) pulak menyebut: "Penulis atau cendekiawan pertama-pertama haruslah melakukan analisis diri dan introspeksi bagi mempastikan kebolehpercayaannya (kredibiliti) kalau dia mahu diterima sebagai suara hati nurani, suara kebenaran dan
keadilan." (Berita Harian, 27/09/1999, m/s 17)

Kalau kita insan yang mengambil semua perkara sama ada penulisan atau perbuatan secara harafiah, maka kita mudah buat judgement hitam atau putih tetapi kalau kita melihat semua perkara dari pelbagai aspek termasuk simbolismenya, maksud tersiratnya atau semiotiknya, barangkali persepsi kita akan berbeza.

Carut itu eksplisit. Itu aku tahu.

Tapi carut itu juga ekspresif.

Hakikat yang aku dah terima lama dah ialah kita semua dalam satu-satu masa tertentu akan mencarut juga tetapi bukan semuanya pada saat dan ketika kita berniat jahat terhadap seseorang atau apa-apa. Cuma kita berekspresi. Itu saja.

Dalam bahasa Melayu yang aku tahu, wujud Bahasa Formal, Bahasa Mesra, Intonasi, Bahasa Halus dan Bahasa Kasar (yang Biasa dan Kesat).

Memang bahasa Kasar itu terbahagi kepada dua kategori iaitu:

i) Bahasa kasar yang kesat

ii) Bahasa kasar yang biasa.

Bahasa kasar yang biasa seperti penggunaan ganti nama aku, engkau dan sebagainya yang biasa digunakan dalam hubungan yang lebih akrab dan mesra manakala bahasa kasar yang kesat pula sering digunakan untuk marah, maki hamun, mencarut dan sebagainya.

Tapi itu semua dalam konteks bahasa Melayu. Dalam soal pencampuran di antara bahasa Melayu dan bahasa Inggeris seperti yang aku amalkan dalam blog ini, barangkali konteksnya berbeza sikit.

Aku tahu aku macam bla bla bla sekarang....but hey, I am getting to my point okay. Please sabar ye.

Sampai bila kita akan asosiasikan vulgarisme dengan penuh negativiti? Kita ambil semuanya secara harafiah tanpa pedulikan untuk read between the lines.

Aku nak korang tahu, I DO NOT promote penghinaan. I DO NOT promote hatred. I DO NOT promote vindictiveness.

Aku sedar bukan ramai yang boleh terima tetapi aku sedar juga ramai yang suka.

Sesungguhnya aku tidak akan benci mereka yang tak suka nor that I will go riak sebab ada yang suka.

I'm a nobody.

Aku akan hormat mereka yang kata penulisan seseorang itu melambangkan keperibadian dan maruahnya. Ismail Al-Faruqi pun sebut benda yang sama terhadap penulisan dan karya.

Falsafah Ismail Al-Faruqi ini lain. Bagi dia, penulis atau seniman Islam harus menulis berlandaskan Islam. Aku setuju sangat. Malah, suatu masa lalu aku sempat belajar falsafah dia di universiti. Dulu pun, aku selalu fikir karya M Nasir memang ikut falsafah Faruqi. Blog aku tidak ikut falsafah dia sangat tapi aku rasa tidak juga langgar falsafah itu.

Namun, aku juga tidak akan judge mereka yang berbahasa "alternative" jika bahasa mereka itu boleh "sampai" kepada pendengar atau pembacanya kerana aku adalah seseorang yang berdisiplinkan komunikasi dan komunikasi dua hala berlaku apabila satu pihak memahami, mendengar atau boleh menilai apa yang dikatakan oleh satu pihak yang lain.

Kalau orang nak generalize setiap patah yang aku tulis berdasarkan hanya kepada penggunaan diksi vulgar aku, maka aku tak boleh buat apalah.

Apa yang penting kita semua kena COOL lah people!

Dec 16, 2008

Catatan aku kali ini adalah petikan tulisan aku pada tahun 2002 yang tak pernah disiarkan di mana-mana ruangan hiburan pun.

Posting aku hari ini lain sikit okay. Apa yang aku tulis di bawah ni adalah catatan yang aku buat lebih kurang 6 tahun lalu. Entah kenapa, aku rasa tulisan ini masih relevan dengan keadaan sekarang. Aku tahu tulisan di bawah ini panjang, tapi aku harap korang luangkan masa sekejap untuk membacanya.

RETORIK

Selayang, 17 Julai 2002

Retorik adalah diksi besar pertama aku dalam hidup dewasa. Masa mula-mula aku dengar perkataan ini, jiwa aku bergelodak dan kepala aku fikir: "Kejadah apa maksudnya". Datuk A Nazri Abdullah, bekas Ketua Pengarang Kumpulan Berita Harian yang menyebut perkataan itu ketika bertemu kami yang menjalani latihan Pre Editorial Training Scheme (Pets) di NSTP pada 1991. Masa tu aku fikir Nazri ni memang handal orangnya sebab dia sebut "retorik". Diksi retorik itu dibangkitkan oleh seorang teman yang turut menjalani latihan yang sama. Namanya Izman Ismail. Kata Izman, kerja seorang wartawan adalah retorik. At that point, aku rasa bicara itu jauh dari liga aku. Lalu Nazri ambil masa dekat setengah jam untuk explain di antara wartawan dan retorik.

Pak Agi yang terkenal dengan Tak Tun Tak Tun nya.

Pada masa yang sama, sebaik sahaja aku melangkah ke KL pada 1991, aku sering ke Panggung Bandaraya Kuala Lumpur yang dekat Dataran Merdeka tu sebab aku minat sangat dengan sayembara puisi. Maka berlimpah-limpahlah perkataan yang "besar-besar" aku dengar daripada sajak ramai penyair terkenal. Aku buat muka tak malu untuk tegur penyair power macam A Ghaffar Ibrahim (Tak Tun Tak Tun), A Samad Said, Rahman Shaari, Muhammad Haji Salleh dan banyak lagi. Pernah aku mendekati Samad Said and kata: "Pak Samad, saya minat sangat dengan Salina." It's nothing much tapi aku bangga sebab aku sampaikan apa yang terbuku di hati bertahun-tahun lamanya. Fakaruddin dan Salina (watak dalam novel Salina) masih aku simpan di rumah, antara koleksi aku yang paling berharga.

Kecut jugak aku masa mula-mula aku beranikan diri menegur dia. Tapi aku fikir, kalau aku tak tegur maka sampai bila pun aku tidak akan ada peluang untuk kenal dia.

Sebenarnya aku kagum dengan penyair kerana metafora mereka. Mereka bagi aku golongan retorik. Bahasa mereka indah. Aku bebas buat interpretasi sendiri ikut kemahuan aku sebab bagi aku sajak atau puisi or whatever you want to call it adalah peribadi kepada penilainya. Aku buang jauh-jauh subjek kesusasteraan Melayu yang aku belajar di sekolah sebab peperiksaannya membuat aku bodoh. Aku perlu menjawab ikut kemahuan pemeriksa apabila menilai puisi sedangkan bagi aku, puisi itu bebas diinterpretasikan oleh sesiapa pun mengikut kemahuannya.

Kalau ada peluang, aku harap korang akan berkesempatan untuk lihat bagaimana Rahman sampaikan puisinya.

Maybe, apa yang aku kata ini akan disangkal oleh penyair yang turut ada emosi sendiri terhadap puisi mereka. Mungkin A Latiff Mohidin ada mesej peribadinya dalam Songsang tetapi aku peduli apa dengan Latiff sebab dia bukan aku dan dia tak layak untuk kata apa yang patut aku fikir. Songsang kalau bagi aku soal rasmi manusia abad ke-20, maka itulah yang aku rasa.

Dari Panggung Bandaraya aku makin ligat ke Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pulak dan kemudian naik bas mini ke Matic kadang-kadang untuk menonton teater atau sayembara puisi yang lain.

Masa di Tingkatan Lima, aku pernah berdiri di tengah pentas untuk menyampaikan karya Latiff berjudul Waktu. It was a great experience walaupun I think I fucked it up. Aku rasa aku gagal menyempurnakan puisi Latiff sebab I had cold feet. Fuck it! Aku benci mengenangkan saat itu sebab sajak Latiif bagi aku terlalu sacred. He is the best!

Kegagalan aku itu buat aku fikir, haruskah seorang pencipta puisi menjadi seorang penyair yang hebat di atas pentas?

Haruskah aku jadi kelakar ala Ghaffar Ibrahim? Haruskah aku jadi seperti si cool old dude macam Samad Said? Or pakai banyak mikrofon macam Rahman Shaari? Haruskah aku bakukan bahasa aku hanya sebab aku baca sajak? Haruskah kekuatan sesuatu penulisan itu memerlukan justifikasi dengan membacanya kuat-kuat?

Ini soalan retorik untuk korang sebenarnya. Bagi aku secara peribadi, penyair yang maha hebat itu seeks attention. Mereka golongan kurang yakin dengan karya sendiri sampai terpaksa mempersembahkannya dengan penuh superfisial di atas pentas. Bagi aku juga, karya mereka sudah memang hebat dan tak perlu dihebatkan lagi dengan gaya persembahan yang aku fikir over the edge.

Atas pendapat itu, aku start menulis sajak. Aku want to write poems with big words in it. I don't give a fuck kalau orang faham atau tidak sebab orang boleh interpretasi sendiri. Kalau aku cerita soal bulan tapi orang fikir itu soal matahari, I don't give a fuck sebab aku tak akan menyekat freedom diaorang. Aku tak perlu susah hati soal mempersembahkan puisi aku di pentas dengan bahasa baku dan suara besar yang boleh buat aku rasa nak kencing, sebaliknya i just let it be on paper. Aku boleh sampaikan sajak aku seperti manusia normal, bukan superfisial.

Sajak-sajak Latiff juga memberikan banyak inspirasi kepada aku.

Itu semangat aku ketika itu dan masa aku bertugas di Johor Bahru di sekitar 1993 lalu, aku dengan sekumpulan teman-teman mula menubuhkan sebuah jawatankuasa penaja untuk menghidupkan Persatuan Penyair Muda Johor Bahru dengan penaungnya Datuk Abdul Ghani Othman. Teman yang sama-sama dengan aku masa itu antaranya ialah Hussin Che Soda (kini Allahyarham). Hussin adalah seorang pemberita sambilan dengan Utusan Malaysia. Aku dan Hussin setiap malam akan melepak kat rumah aku di Taman Bukit Kempas dengan kamera videonya untuk merakamkan kami membaca sajak.

That was the good old days sebab aku enjoy sangat saat itu. Hussin amat persuasif sebab masa mula-mula kami lepak untuk baca sajak, aku agak keberatan. Namun akhirnya kami klik dan aktiviti baca sajak lepas tengah malam kami lakukan setiap hari.

Sayangnya Hussin mati dulu sebelum Persatuan Penyair Muda Johor Bahru kami tubuhkan dan aku tak pernah kisah untuk menyimpan pita video yang merakamkan saat kami baca sajak. Malah, aku tak ada gambar Hussin pun untuk diabadikan di sini tapi di fikiran aku, sajak-sajak Hussin masih hidup. He was a cool dude.

Imej Che selalu muncul di fikiran aku setiap kali aku kenangkan Hussin.

Anyway, aku tak nak emosional sangat soal ini. Hari ini aku tidak lagi menulis sajak. Aku tak tahu kenapa. Mungkin aku sibuk dengan kerja. Koleksi sajak aku pun entah ke mana hilangnya. Ada teman-teman yang pernah baca sajak aku kata tulisan aku bagus tapi aku rasa diaorang kata begitu untuk sedapkan hati aku saja.

Aku merapu soal retorik, sajak, puisi dan penyair sebab aku rasa kita ni jadi manusia yang terlalu terikat dengan kemahuan manusia lain. Kita diajar bagaimana untuk menilai sesuatu mengikut si penciptanya sedangkan kita ada fikiran sendiri. Apabila sesuatu karya dicipta untuk manusia lain, si pencipta sebenarnya tiada hak untuk menentukan apa yang dinilai oleh si penilai.

Aku faham perasaan skeptikal korang apabila dealing dengan karya daripada penulis hebat. Korang mungkin rasa segan nak kutuk Ranjau Sepanjang Jalan (Shahnon Ahmad) misalnya sebab dia kan penulis agung? Kalau korang kutuk nanti, ada yang akan korang tak prihatin atau mungkin bodoh kerana tak pandai menilai. Well, mungkin masanya dah tiba untuk jadi diri sendiri. Kalau tak faham apa kejadahnya retorik itu, why not cakap aje korang tak faham tapi jangan diam begitu saja. Why not ambil kamus dan cari maksudnya dan kalau korang fikir retorik itu tak patut aku sebut di sini, well just say it. Tiada yang retorik dalam penulisan aku. Bahasanya tak indah dan kalau korang rasa nak berhenti membaca, maka ikut suka koranglah sebab "I don't give a fuck!"

Antara novel yang banyak memberikan inspirasi kepada aku.

(Now you know kenapa aku kata ia masih relevan dengan keadaan sekarang. Kita ni semua kan masih belajar? Biar seluruh hidup dewasa aku bergulamang dalam dunia kewartawanan atau penulisan, tidak sehari pun dalam hidup aku berlalu tanpa ada ilmu. Setiap hari, biar terpaksa mengutip di atas lantai, akan kukutip juga segala ilmu yang bersepah itu.)

Keep it cool wahai sahabat-sahabatku.